Tonton Filem Online : Ular 2013 (FULL MOVIE)

Kiera Rashid | 1/10/2014 06:03:00 PM | 8Comments |
See More Malay Movie HERE
Sinopsis:
"Ular mengisahkan Myra (Lisa Surihani) seorang wartawan jenayah yang digantung kerja telah diarahkan untuk membuat liputan di sebuah pusat peranginan di sebuah pulau. Myra yang ditemani jurukameranya, Remy (Yusry) tidak pernah menyangka tugasannya kali ini bukanlah satu tugasan biasa apabila percutian hebat yang dimenangi oleh 10 orang pemenang cabutan bertuah bertukar menjadi sebuah mimpi ngeri yang tidak terduga.
Segalanya bermula apabila ada di antara tetamu pusat peranginan itu dengan beraninya telah menyelinap masuk ke dalam hutan yang telah dipagari dengan pagar elektrik. Rambo yang panic setelah menyedari hal tersebut segera mendapatkan Encik Aziz, pemilik pusat peranginan tersebut. Ia secara tidak langsung telah menimbulkan rasa ingin tahu Myra dan Remy untuk merungkai apakah rahsia yang cuba disembunyikan oleh Encik Aziz (Namron) di sebalik kewujudan pusat peranginan tersebut.
Berjayakah Myra mencungkil rahsia di sebalik pusat peranginan tersebut? Dan apakah yang akan berlaku kepada mereka setelah menyedari mereka sebenarnya terperangkap di sebuah pulau yang dipenuhi oleh penunggu asal pulau tersebut?"

Tonton Ular Full Movie
GengTube
ACG-Tube

8 comments:

muja said...

uuuu.. takut la,, i love romantic stories.. tak gemar sangat horror,, sereemmm

Norhasniza Khalid said...

teringin nak tengok, tapi takut. Anaconda pun mama kecut..

Shida Radzuan said...

mcm best jer tgk kat tv..nk tgk juga lah..kat astro first dah kluar ke cite ni eh..

Mimi Azirah said...

Nak tgk tp kalo bab ular nih adoiiii...mcm tkut je nak tgk

cik kiera said...

@muja
Ohh, yeke? Wahh maknanya sis muja seorang yang romantik laa kan? huhuhu

cik kiera said...

@Norhasniza Khalid

Huhuhu, biasalah tu mama. anaconda lagi seram. kecut perut bila tengok citer nie . .

cik kiera said...

@Shida Radzuan

Dah masuk kat astro first sis. Haritu tengok dah ada, cuma tak langgan jaa , huhu

cik kiera said...

@Mimi Azirah

Cerita ni seram sis. Geli geleman pun ada. tapi best. yang paling takut, time ada baby tu. sian baby tue . .