Sambungan: Kewajipan Selawat Kepada Rasulullah SAW.

Kiera Rashid | 1/16/2014 11:13:00 PM | 4Comments |
Selamat Malam semua ^_^

Okay, malam ni kiera nak sambung cerita pasal Kewajipan selawat kepada Rasulullah SAW . Hari tu kiera buat sekerat je kat ENTRY KEMPEN DAN SEGMEN BLOGGER BERSELAWAT Sebab time tu busy dengan kerja translate. Sekarang dah free boleh laa sambung ya :) . Sebelum tu nak berterima kasih pada Abak dan Sha Dhira kerana sudi menunggu sambungan seterusnya. Terima Kasih ya . Okay, sebelum kiera nak mulakan samb. ini kiera sarankan korang baca dulu part pertama kat SINI . 


***************************************************

Rasulullah SAW bersabda berdasarkan kepada hadis yang marfu';
Maksudnya; "Orang yang bakhil adalah orang yang disebutkan nama ku, akan tetapi dia tidak dia tidak berselawat kepada ku."1

Telah diriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda ;
Maksudnya; "Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang selalu berkeliling di permukaan bumi. Tugas mereka adalah menyampaikan kepada salam kepada ku daripada umat ku." 2

Manakala Ubay bin Ka'ab berkata kepada Rasulullah SAW; Aku akan mengkhususkan seluruh doa ku hanya kepada mu. Maka baginda menjawab;
Maksudnya; "Kalau demikian, maka dosa mu diampuni dan segala duka cita mu akan ditiadakan." 3

    Seluruh umat Islam mengucapkan selawat kepada Rasulullah SAW ketika berada di tasyahud kedua, ketika menyebutkan namanya, ketika khutbah Jumaat, hari raya, solat istiqa' khutbah nikah, majlis ilmu pengetahuan, nasihat, surat, risalah, perjanjian, dan lembaran kesepakatan. Mereka juga mengucapkan selawat kepada Rasulullah SAW ketika berjumpa dengan seorang kekasih, ketika mengucapkan selamat tinggal, dalam doa, zikir pada waktu pagi dan pada waktu petang, ketika datangnya duka cita, banyak permasalahan, ketiadaan tujuaan, pelbagai kesedihan melanda, dan datang musibah.. Mereka juga mengucapkan selawat kepada kesedihan melanda, dan datang musibah. Mereka juga mengucapkan selawat kepada Rasulullah SAW ketika menerima berita gembira, ketika mengarang sebuah buku, mensyarahkan sebuah hadis, menulis sirah dan perjalanan hidup rasul SAW, ketika menyebutkan beritanya dan menceritakan dan lain-lainya. 

    Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atasnya selama bunga masih menyerbakkan baunya, burung masih berkicau, selama rahsia masih tersimpan dan selama burung dara masih riang berterbangan. Selawat Allah dan salamnya semoga selalu tercurah kepada Rasulullah SAW selama malam dan siang silih berganti, hujan masih mencurahkan airnya, buah-buahan masih memasak dan selama pepohonan masih mahu bergoyang. Selawat Allah dan salamnya semoga selalu tercurah kepada Rasulullah SAW selama bintang masih muncul, selama awan masih terlihat, selamaduka cita masih dapat dihilangkan, selama ilmu pengetahuan masih dipelajari dan juga kepada para keluarganya yang berbakti dengan baik, para sahabatnya yang terpilih daripada kalangan Muhajirin dan Anshar dan orang yang mengikuti jejak langkah mereka sehingga hari kiamat.

    Semoga Allah selalu mencurahkan selawat kepada kekasihnya, selama debu masih berterbangan dan selama rerumputan masih berwarna hijau.

    Dia adalah orang yang dapat mengungguli seluruh umat manusia dengan sebuah kemuliaan. Berita gembira sebelumnya telah menyatakan akan kedatangannya.

psst : Pesanan dari insan yang tidak sempurna ini. Janganlah kita hanya berselawat kepada Rasulullah ketika hari-hari tertentu saja. Contohnya semasa sambutan hari maulidur rasul: Time tu kita beria-ria berselawat ke atas rasulullah tetapi selepas tu kita dah tak mengamalkan. Faham maksud kiera ? :)
_______________________________________________________________________________________
1. Diriwayatkan oleh Iman Ahmad (1738), at-Tirmodzi (3546) daripada Ali bin Abu Thalib r.a. Lihatlah; Kasyf al-Khafa' (1/332)
2. Diriwayatkan oleh Iman Ahmad (4198,3657), an-Nasa'i (1282), ad-Darimi (2774) dan al-Hakim (3576) daripada Abdullah bin Mas'ud r.a.
3. Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi (2457). Beliau mengatakan bahawa hadis ini adalah sahih dan hasan.

Berselawatlah ~ :)

4 comments:

Shad said...

Allahuakbar.. perkongsian yang menusuk kalbu.. Betul and agree, selawat every time not sometimes..

fragmenbiru said...

SubhanaAllah... banyaknya fdilat selawat..

Alhamdulillah,trbaca juga smbungannya..terima kasih kiera..

Memng slalau kita dngr selawat dibacakan,namun tdak slalu kita mnghayatinya lbih-lbih lagi bila berakhirnya Rabiul awal..

In Shaa Allah.. brusha mnjadikan selawat sbgai amalan..

Kiera Rashid said...

@sha dhira
Betul tu :)

Kiera Rashid said...

@Abak Lorong Cinta
Betul tu abak, jarang kita dengar orang berselawat selepas akhirnya rabiul awal. hmm, sedih sekali :(