Tonton Filem Online : Bencinta 2013 (FULL MOVIE)

Kiera Rashid | 1/17/2014 09:52:00 PM | 6Comments |
See More Malay Movie HERE
Sinopsis:“Bencinta’ berkisarkan mengenai Fathia (Nora Danish), seorang gadis cantik yang bekerja dengan Liya (Uqasha Senrose) dan Amin (Zalif Sidek) di sebuah kafe milik Jane (Angeline Tan). Mereka bertiga bekerja sebagai chef di sana.
Di kafe tersebut, Fathia telah bertemu dengan Faizal (Farid Kamil) yang pada mulanya seorang pelanggan yang datang di sana. Faizal merupakan seorang ahli perniagaan yang kacak dan kaya. Perkenalan Faizal dan Fathia di kafe tersebut membuahkan rasa cinta di antara mereka, lalu mereka menjalinkan hubungan sebagai sepasang kekasih.
Hubungan mereka seterusnya berakhir di jinjang pelamin. Fasa perkahwinan mereka begitu indah sekali. Faizal sangat menjaga Fathia dengan baik dan Fathia sangat sayangkan Faizal. Hasil ikatan perkahwinan mereka bertambah bahagia dengan kehadiran seorang cahaya mata bernama Tiara.
Namun begitu, langit tak selalunya cerah dalam perhubungan mereka. Faizal yang mulanya berkelakuan baik mula menunjukkan belang. Faizal mula melakukan keganasan terhadap Fathia. Tanpa belas kasihan, Faizal memukul Fathia tanpa alasan kukuh. Dalam diam, Faizal juga menjalinkan hubungan dengan perempuan lain dan curang terhadap Fathia.
Fathia mengambil kesempatan untuk lari dengan anaknya ke suatu tempat persembunyian. Di sana, mereka dibantu oleh Shah (Qi Razali), sahabat baik Fathia dari kecil. Kehadiran Shah dalam hidup Fathia dan Tiara memberikan sinar harapan dalam hidup mereka.
Tonton Bencinta Full Movie
Gengtube
Acg-Tube

6 comments:

Zamani Abe said...

salam~ zam dtg bw di mlm hari :))

Shida Radzuan said...

cuti nnt boleh la tgk hehe tq kiera :)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

nampak menarik filem ini.. :D

cik kiera said...

@Zamani Abe
Waalaikumusalam, Terima Kasih zam sebab singgah :)

cik kiera said...

@Shida Radzuan
Ya, cerita ya sesuai untuk wanita. best pun juga ^^ .Sama-sama shida :)

cik kiera said...

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)
Ya, mizz. kiera dah tengok, memang best pun ^^