Komen yang memberi SEMANGAT pada Kiera untuk ... =')

Kiera Rashid | 2/19/2014 03:06:00 PM | 15Comments |
Selamat petang...
Alhamdulillah, bahagia dan tenang jer rasanya. Takde rasa duka sedih mahupun tersisih. Semua dah dibuang jauh-jauh dalam diri. Kini kiera kembali dengan hati yang sangat gembira, huhuhuhu...
Apa khabar semua blogger? Semua sihat... Sehari tak tegur korang.. Rasa macam bertahun-tahun pulak. Kepada yang baca entri lepas kiera sini, mesti tahu keadaan kiera. Sebenarnya, kiera ingat nak ambil masa lama untuk menghilangkan diri dalam dunia berblogging. Tapi tak boleh, kenapa tak boleh? Sebab blog nih sudah sebati dalam hidup kiera. Kalau tak update dan tak tengok blog ni rasa macam tak kena... Hmm, entahlah. Macam pelik je perangai tu.
Disebabkan perasaan itu, kiera test diri kalau niat untuk menghilangkan diri secara berlamaan akan terbatal atau tidak bila buka blog. Sekali on blog tengok ada banyak komen moderate, Kiera publish semuanya tanpa baca dan pergi ke entri yang ni untuk baca komen2 yang kiera publish tadi. 

Dan ini yang kiera dapat......
Kalau korang ditempat kiera dan baca komen ini, apa yang korang rasa? Yaa! Kiera rasa terharu dan tetibe bersemangat untuk berblogging. Terpadam jua niat ku untuk menghilangkan diri... Terharu sangat-sangat.... Ya, Allah, maafkan aku kerana berprasangka buruk kepada orang lain.. Kiera menangis bila baca komen-komen (dalam gambar) ... Terima Kasih beri nasihat dan teguran kepada kiera. 
Kepada Sis Asha, Shafiq, jm, Sis Diana, Adik Qila, Mama, Khalil, Sis Aiza, Abang Wafi kerana sudi memberi nasihat dan komen yang dapat meghilangkan rasa luka di hati ini (Cewahh ayat -,-") .. Huhuhu.. Terima kasih sekali lagi... Semoga hidup kita di berkati Allah swt. Aamiin ~ ^_^v
**************************************
Doa ketika berdukacita dan sedih
Sumber google
Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

15 comments:

Amir Khalis said...

chill :D

Cik Yaya said...

jangan sedih2 lagi ye kak.. kita kene kuat.. ^_^
jangan mudah putus asa..chayok2..

Mardiah Diana said...

Assalamualaikum dan salam singgah petang di sini...itu Sahabat orang yang sentiasa bersama kita bila kita susah dan senang,seorang sahabat jugak boleh memperjuangkan nasib kita..

Nur Shafiq said...

waah nama kita ada..camtu lah cik kiera ,bersemangat ok :D

Eellee Nana said...

be strong sis

cik kiera said...

@Amir Khalis Yeaayyy,, Chill ^_____^

cik kiera said...

@Cik Yaya Insha ALLAH dear. terima kasihh .. Terharu sangat nihh :'D

cik kiera said...

@Mardiah Diana Waalaikumusalam, terima kasih sis diana...sahabat maya, walau tak kenal. Kite tetap rapat... :')

cik kiera said...

@Nur Shafiq Haruslah.. Nasihat shafiq jua kiera terima :)

cik kiera said...

@Eellee Nana Terima kasihh... Insha ALLAH ^^,

Nurulee said...

ececehh baguslah kalau gitu. dont be sad. such a nice blog. keep it up =D

Nadya Dyana said...

kadang2 mmg rasa mcm tu kiera tapi kiera kena ceriakan diri kiera. :) Be strong my dear^^

Wana Seoby said...

ramai sokong kak kiera,banyak yang tak tunjuk je kekeke . Fighting !!!

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

alhamdulillah kiera sudah kembali.. semoga kiera terus bersemangat.. :D

Izzah Norlizah said...

Jgn sdih2 lg kiera..wlu pa pn dgaan yg dtg,tmpuhi dgn sbr dn trus ukir snymn yg mnawan :)