Autopublish jer yang mampu.

Kiera Rashid | 3/01/2014 06:59:00 PM | 4Comments |
Ini entri Autopublish. Ditulis 28/2/2014
Hai semua. Selamat Datang bulan MAC. Agaknya bulan Feb-mac adalah bulan yang busy bagi Kiera. Kiera tak dapat nak curik masa sedikit untuk update entri. Jadinye Autopublish jer yang mampu. Dah siap-siap tulis entri untuk di auto publish sebab dah tahu lepas ni mungkin kiera akan busy memanjang.
Sekarang tengah translate 3 cerita Hantu dan Penyiasat (Alah macam cerite FBI tu) . Jadinya Kiera tak dapat update entri secara normal. Memblogwalking pun tak sempat, dapat singgah ke 2-3 blog jer, lepas tu kene sambung kerja balik. Alhamdullilah sekurang-kurangnya kiera ada lah juga benda yang boleh buat kanching2 nih. Tak mahu merungut nanti Allah marah. Heee :)
Nasib baik si Adam ni baik orang nyer. Tak banyak meragam lah. Walaupun selalu merengkek sebab asyik main sorang-sorang, layan kan lah juga. Sian pulak. Lepas dia penat main . mesti dia akan mengantuk. Kiera tidurkan lah dia dulu dan barulah sambung buat translate balik. Tapi time tu mata Kiera pulak dah rasa berat nak ngadap laptop. Arghh! Apa lah nasib. malam kang mesti tak dapat tidur . Dateline yer nak 4hb, entah siap entah tidak. Ohh Allah :'(
p/s : Berita terkini, hadiah akan dipost pada hari Isnin minggu depan. Alhamdulillah siap juge packing hadiah tadi. Nanti kiera post gambar hadiah tu semua , okey? ^_^ - feeling great.

4 comments:

dia nadia said...

hadiah untuk segmen bloglist akak tu ke?? wah.. tak sabarnya nak dapat hadiah..

Akeyla Azmi said...

Hmm samalah kita kak kiera oi hihihihi.
auto jee T_T

Wafi Remli said...

Semoga siap kerja dengan jayanya: )

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

semoga urusan kiera berjalan lancar..