(BERITA) Pesawat MH370 Dilaporkan Hilang.

Kiera Rashid | 3/08/2014 03:39:00 PM | 2Comments |
KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.
Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.
“Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan,” kata kenyataan itu.
Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.
Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut. -Awani

Senarai Anak Kapal Dan Penumpang Pesawat MH370 Yang Hilang
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata penumpang-penumpang tersebut adalah dari negara-negara yang berikut:
  • China: 152 orang termasuk seorang bayi
  • Malaysia: 38 orang
  • Indonesia: 12 orang
  • Australia: 7 orang
  • Perancis: 3 orang
  • Amerika Syarikat: 3 orang termasuk seorang bayi
  • New Zealand: 2 orang
  • Ukraine: 2 orang
  • Kanada: 2 orang
  • Rusia: 1 orang
  • Itali: 1 orang
  • Taiwan: 1 orang
  • Netherlands: 1 orang
  • Austria: 1 orang
senarai anak kapal Penerbangan MH370
Boleh baca update-update tentang kejadian ini di site MALAYSIA AIRLINES
Nota: Marilah sama-sama kita berdoa semoga semuanya selamat sahaja. Seram bila tahu ada bayi turut berada dalam peasawat tersebut. Aamiin ~ :'(

2 comments:

Mardiah Diana said...

Assalamualaikum dan salam singgah sabtu sini Keira...semoga mereka selamat...sama2 kita berdoa..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

ramai yang terlibat.. kita doakan semoga semuanya dalam keadaan yang selamat..