Kepentingan Membina Kenyakinan Diri.

Kiera Rashid | 3/16/2014 01:47:00 PM | 8Comments |
Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya.
Kebolehan anda mengatasi setiap halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri anda. Ini bermakna lebih yakin anda terhadap keupayaan diri anda serta masa hadapan anda, lebih terbukalah kejayaan untuk anda. 

Ingat...Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah!
Jenis-Jenis Keyakinan : 
  •  Keyakinan diri terhadap Tuhan dan keesaanNya
  •  Keyakinan terhadap diri sendiri
  •  Keyakinan diri sendiri terhadap orang lain
  •  Keyakinan orang lain terhadap diri sendiri

Sebab-Sebab Utama Ketidakyakinan Diri : 
  • Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup atau hala tuju yang tidak menentu / tidak jelas 
  • Tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap
  • Kurang pengetahuan, pengalaman dan pendedahan
  • Kurang kemahiran dan persediaan
  • Suka bergaul dengan orang-orang yang berfikiran negatif atau dilahirkan di kalangan orang-orang yang pesimis
  • Kemiskinan akibat kurangnya idea serta Sains Kejayaan Hidup
  • Berpenyakit kronik atau badan kerap kurang sihat / cergas

Petanda-Petanda Kurang Keyakinan Diri :
  • Kurang senyum
  • Risau dan kelihatan risau
  • Gugup dan kelihatan gugup
  • Kurang berinteraksi
  • Malas bekerja atau berusaha
  • Cincai dan kelihatan selekeh
  • Suka meminta-minta
  • Mudah putus asa
  • Suka gossip dan mengumpat
  • Defensif dan cepat marah
  • Mudah atau suka berbohong

P/S: Sekiranya anda mempunyai petanda diatas...AWAS! Kiera juga selalu takde kenyakinan diri. Semoga info ini bermanfaat untuk kiera dan semua :) Kredit Pages Datuk Dr Maznah Hamid.

8 comments:

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

akak pun ada beberapa ciri tu juga kiera.. hehe..

Aku Penghibur said...

yakinkan diri selagi apa yang kita buat itu benar di ajalan ALLAH... Dia selalu yakin dengan kita

Norhasniza Khalid said...

keyakinan diri bermula dari dalam.. jiwa bersih, insyaallah aura akan terserlah

Muhammad Taufiq said...

Hye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Mohon singgah dan FOLLOW blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

cik kiera said...

@Mizz Aiza (Dunia Kecil) Samalah kak, tak yakin tu rasa macam dah biasa ada dlm diri ...

cik kiera said...

@Aku Penghibur Betul tu Acik :)

cik kiera said...

@Norhasniza Khalid Betul juga tu mama.. Kalau jiwa kacau memang tak boleh yakin pada diri kan

Akeyla Azmi said...

hm tu qila ah tu T_T