Yahooo! SLIMFAST DIET dah sampai =D

Kiera Rashid | 3/17/2014 02:36:00 PM | 6Comments |
Alhamdulillah, haritu kiera menang GA slimfast dari GA si Mia (SINI) ... Syukur sangat sebab sekarang Slimfast dah selamat sampai harini... Eh, baru nak dapat? orang lain dah lame dapat minggu lepas. Apa buleh buat.. Maybe pos malaysia kat sini bizi kut. Takpelah, janji dah dapat ^_^ ...
Yeay! Teruja sangat! Kotak di sangatlah cantik... :) 
Kenapa kiera nak cuba SLIMFAST ni? Nanti kiera akan cerita lain kali okey, sekarang mari kite baca sedikit info tentang SLIMFAST ni :)

Informasi Slimfast Diet
Formula Slimfast diet ini diperkaya dengan kandungan organik seperti raspberry, apple fiber, psyllium husk, oligo, collagen, orange de, acaiberry, grape seed, garnicia cambogia, hoodia, cassia angustifolia, l-carnitine, minerals dan vitamin. Slimfast diet dapat membantu menurunkan berat badan dengan pantas dengan 6-8 kilo mengikut tempoh serta metabolisma seseorang.
Kandungan ramuan Cassia Augustifolia dan Psyllium Husk dapat membantu membersihkan kolon serta menggalakkan penurunan berat badan yang berterusan malah mencantikan kulit dengan adanya vitamin dan mineral. Gabungan Acai Berry dan Collagen dapat menyumbang nutrisi yang diperlukan tubuh semasa proses penurunan berat badan. Malahan kandungan Apple, Raspberry dan Ekstrak oren yang kaya dengan vitamin A,C dan E dapat memperbaiki struktur kulit dari menggeleber dan berkedut.
Penggunannnya adalah memastikan anda tidak berlapar semasa didalam proses diet. Untuk proses penurunan yang lagi cepat lagi berkesan, lebihkan makanan yang berprotien seperti ayam, ikan, daging, telur, seafood dan sayur. Kurangkan memakan makanan yang berminyak, susu, gula, berkanji, gandum dan beras untuk mendapatkan kesan yang optima. Minumlah air kosong 2-3 liter sehari supaya lemak yang dibakar dapat keluar dari badan melalui air kencing dan peluh. Penggunaan yang berterusan dapat dapat membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal, meningkatkan dan menyeimbangkan hormon sekaligus memelihara keseimbangan kesihatan secara menyeluruh.
P/S: Kiera belum start cuba lagi, insha Allah, malam nanti cuba :) THANKS AGAIN to Kak Mialiana dan pihak My Beauty Herbs sebab sudi bagi peluang untuk kiera rasai produk ni .... Nanti kan REVIEW cabaran 10HARI minum SLIMFAST nanti :D
Adam sibuk jer nak pegang .. Hihihi

6 comments:

nana kimie said...

Selamat berslimfast diet ye :-)

msredcheesecake said...

tahniah menang...good luck k...hheee... makan pun kena jaga

Nurul Syahada said...

Nak tengok kesannya .hihi

Niesa said...

wahhh..rezeki..tahniah sis! :D

Akeyla Azmi said...

HEEEEEE QILA DAH MINUM.
<33333
jom kak kiera jom jom hihihi

Mardiah Diana said...

Assalamualaikum dik Kiera...tahniah yer dan selamat berslimfast diet...tak sabar nak tunggu kesannya...hehe..