REHAT MENJANA IDEA KREATIF

Kiera Rashid | 8/07/2014 09:00:00 AM | 4Comments |
Untuk menjadikan otak anda kreatif dan sentiasa menjana idea-idea baru, otak perlu berehat dari tugasan yang anda sedang lakukan. Cara merehatkan otak bergantung kepada individu. Tiada cara spesifik yang terpakai kepada semua orang kerana setiap insan ada cara tersendiri untuk berehat dan menenangkan pemikiran. Ada orang gemar menyanyi, ada pula suka melempar pandangan kepada orang yang lalu-lalang... ikutlah gerak hati dan kegemaran anda, yang penting adalah anda harus merehatkan otak bagi menjana idea-idea kreatif.

Datuk Dr Maznah Hamid dan ramai lagi mendapat idea kreatif ketika melakukan perkara berikut:
• ketika mandi atau sendirian dalam ‘bilik kecil’
• memandu kereta - terutamanya ketika ke pejabat / di dalam kesesakan lalu lintas
• berjalan-jalan (bercuti)
• ketika hendak tidur
• bangun tidur
• mendengar muzik
• pemanduan jarak jauh
• sedang ber'jogging'
• di airport sementara ‘boarding’
•berehat di pantai

Cuba anda fikirkan... dalam keadaan atau situasi apakah ketika melakukan aktiviti di atas, anda dapat menjana idea kreatif? Pada ketika ini minda anda berehat dan selalunya bersendirian, dan bebas dari gangguan.
Pada ketika minda anda berehat dari berfikir secara serius tentang sesuatu masalah, kedua-dua belah otak berhubungan dan berkomunikasi. Pada ketika ini minda separa sedar anda juga beroperasi secara bebas. Masih ingat lagi tentang kisah JK Rowling mendapat idea Harry Porter semasa gerabak keretapi yang dinaikinya terhenti. Ketika melemparkan pandangan keluar tingkap, secara tiba-tiba idea yang bernilai ratusan juta Pound Sterling mengunjungi minda JK Rowling. Pada ketika mendapat idea ini, beliau sedang mengelamun atau mimpi di siang hari. Pada masa ini otaknya sedang berehat dari berfikir secara serius. Otak akan mengeluarkan idea-idea kreatif semasa anda sedang berehat. 
Sekiranya anda sentiasa mengamalkan pemaksaan minda agar sentiasa bekerja keras tanpa berehat, minda anda akan berhenti dan berehat tanpa anda sedari. Anda akan hilang penumpuan (konsentrasi), sesekali pemikiran terputus dan melayang entah ke mana semasa anda membaca atau berbincang, pemikiran menjadi stress dan daya fikir menjadi lemah dan tidak produktif. Cara hidup yang memaksa minda bekerja keras tanpa rehat adalah tidak produktif dan tidak sihat. Ianya boleh memberi kesan kepada kesihatan diri dan akibatnya keluarga anda terbabit sama kesan dari sikap anda yang tidak mesra dan serius di dalam pelbagai perkara.
Untuk lebih maju dan produktif, rehatkan minda anda.
Lakukannya sekarang... berlaku adillah kepada minda anda... kepada minda pasangan anda... kepada minda keluarga anda... dengan cara ini semua orang akan mula menggerakkan kecerdikan kreatif minda supaya segala aktiviti yang dilakukan adalah secara produktif dan efektif.

4 comments:

sYiRa LoKMaN said...

asyik pergi open house je..jom ke blog syira :D
blog syira ada buat "open blog" tauu..nanti datang la kutip duit raya..hehee...

Fadzi Razak said...

aku biasa dapat idea dalam bilik air time tengah ehem. hahahaha

followed your blog #1481

ain syafieqa said...

yup..suka dengan sesi muhasabah diri sebab ia memberi inspirasi utk jadi lebih kreatif..salam kenal..jemput join segmen nostalgia aidilfitri.. http://whiteroses2013.blogspot.com/2014/08/segmen-nostalgia-aidilfitri-2014-by_8.html

syazrah tarmin said...

hihih.. perkongsian yg menarik nihhh.. :D