MENGAPA HATI TIDAK BAHAGIA?

Kiera Rashid | 8/14/2014 11:42:00 AM | 4Comments |
Kunci 3K (Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan) datangnya dari hati yang bahagia dan tenang. Tetapi ada juga di kalangan kita yang hidupnya kurang bahagia. Apa sebenarnya penyebab utama yang menghilangkan bahagia di hati kita? Suka saya kongsikan sifat-sifat berikut buat pedoman kita bersama.

1. Pemarah
Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam
Sifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu.

3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga... lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ)

6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada..

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Sila kongsikan kalau rakan-rakan semua ingin menambah sifat-sifat yang membuatkan hati kita tidak bahagia...

4 comments:

Cik Nadyya said...

nice sharing ^^

Norhasniza Khalid said...

nice sharing dear..

apesal blog cantik sangat ni.. jelesssnye.. hihi

cik kiera said...

@Cik Nadyya Terima kasih. sharing is caring. Kiera suka dengan motivasi dari datuk dr. Maznah hamid ni, Besttt ! :)

cik kiera said...

@Norhasniza Khalid Terima kasih mama....
Blog cantik? ehhh. mana ada . heeeeee . Blog mama lagi cantik. purplishhh :D