Resepi Moza Cheese Sheperd Pie.

Kiera Rashid | 4/02/2015 05:03:00 PM | 2Comments |
Assalamualaikum, Harini rasa rajin nak update blog. Huhuhu. Tadi Kiera jalan-jalan kat facebook, terjumpa satu resepi yang nampak mudah tapi ermmmm, marbeleesssss. Jadi, teringin nak buat tanda, sebab insha Allah lepas ni nak cuba buat pulak. kiera share post beliau kat dan teringin pulak nak kongsikan juga di Blog, mana tahu ada blogger yang berkenan nak buat sama. Harap tuan empunya resepi tidak marah . Credit pada FB Nieza Nor Hamnira :)


Resepi Mashed Potato :
  • Kentang
  • 1 kotak kecil susu segar
  • 2/3 sudu besar butter 
  • secukup rasa garam, serbuk lada hitam + serbuk lada sulah
- Rebus kentang sampai empuk, toskan & lenyekkan hingga agak halus (nak simple, gunakan belakang mug). Masukkan butter, susu segar, sedikit garam + serbuk lada hitam + serbuk lada sulah

Inti Daging (Simple) :
  • Daging kisar
  • Bawang besar + bawang putih cincang 
  • Serbuk lada hitam
  • Sedikit tepung jagung 
  • Serbuk perasa + garam
- Tumis bawang besar + bawang putih cincang, masukkan daging kisar. 
- Agak daging dah empuk, masukkan serbuk lada hitam & perasa + garam.
- Masukkan sedikit tepung jagung untuk pekatkan inti, dah agak kental sikit, angkat & toskan air/minyaknya. Ketepikan

Topping :
  • Mozarella cheese parut + sedikit daun sup / daun parsley / atau apa2 je janji nampak ijau (sukati) hehe
  • sedikit paprika / serbuk cili di atas (untuk kasi rasa Malaysia - mau pedas sikit) :D ~ dalam gambar tidak ada.
Cadangan bakar :
(Seperti di gambar)
Masukkan dalam oven 180 - 12 minit untuk cairkan cheese je kat atas tu.. Siap, untuk dihidang! Selamat mencuba! 

2 comments:

Siti Aisya Ibrahim said...

ya Allah nampak sedap giler :D

Athirah Diyana said...

nampak sedap. yummy yummy!