KETUK KETAMPI ADALAH SENAMAN MINDA.

Kiera Rashid | 4/11/2015 10:45:00 PM | 2Comments |
KETUK KETAMPI ADALAH SENAMAN MINDA
Terkejut? Ya, sebenarnya denda ketuk ketampi yang kita semua pernah merasa ketika zaman persekolahan dulu terbukti memberi faedah kepada otak.
Ketuk ketampi meningkatkan fungsian otak, memori, keupayaan tumpuan dan banyak lagi. Kajian di makmal sains membuktikan ketuk ketampi memberi tenaga serta mengimbangi hemisfera kiri dan kanan otak.
Kajian beberapa orang doktor dari New Jersey, USA terhadap kanak-kanak yang mengalami kecacatan otak berumur 5 ke 9 tahun membuktikan yang mereka menjadi lebih fokus, tenang, memori dan tingkah laku diperbaiki.

Berikut adalah cara yang betul:
  1. Lakukan ketuk ketampi 14 ke 21 kali, sekali atau dua kali sehari.
  2. Sentuh lidah pada langit-langit.
  3. Tangan kiri di sebelah dalam dan tangan kanan di sebelah luar.
  4. Ibu jari tangan di atas cuping telinga dan jari telunjuk di belakang cuping telinga.
  5. Tarik nafas ketika turun dan hembus ketika naik.
Teknik ini bukan sahaja boleh digunakan oleh anak kita, ia juga boleh diamalkan oleh kita sendiri. Jadikan teknik ini rutin harian dan PASTI akan melihat peningkatan minda kita.

Mari cuba! :D

2 comments:

Unknown said...

wow! nak copy boleh? hikssss =D

Kiera Rashid said...

@Syafiqah Zamberibolehh ^^