LATIH OTAK UNTUK JADI LAGI PANDAI

Kiera Rashid | 4/17/2015 05:40:00 PM | 1Comments |
LATIH OTAK UNTUK JADI LAGI PANDAI
Otak anda mempunyai pelbagai rahsia yang masih lagi belum dirungkai. Termasuk keupayaannya untuk mengubah bentuknya sendiri. Contohnya, kalau anda selalu berjoging, otak anda menjadi semakin ligat berfikir.
Neuroscientists telah membuat kajian dan mendapati pelbagai manfaat yang boleh anda dapat dengan bersenam. Itu sebabnya kadang-kadang dengar doktor ataupun artikel yang menulis badan cergas, otak cerdas.

Terdapat laman web yang menawarkan latihan-latihan otak untuk membuatkan otak anda semakin senang berfikir. Kebanyakan daripadanya dibuat dalam bentuk permainan supaya anda dapat menumpukan perhatian serta seronok melakukannya. - Kiera pun tengah godek-godek laman web yang diberikan ini :)
1. Lumosity (daftar percuma dan ada permainan percuma, tetapi perlu bayar untuk menggunakan ciri-ciri lanjutan di dalamnya)
2. Cognitive Fun (percuma, daftar untuk simpan markah anda untuk mengetahui berapa banyak peningkatan anda semenjak anda mula bermain)
3. Cambridge Brain Sciences (percuma, daftar untuk memantau kemajuan anda)
4. Brain Metrix (percuma)

Keempat-empat permainan di atas menggunakan prinsip yang dipanggil sebagai neuroplasticity.

Prinsip ini menyatakan bahawa otak kita ini sama seperti otot kita. Lebih banyak kita latih otak kita, lebih baik fungsi-fungsinya. Dengan kata lain, idiom yang anda selalu dengar iaitu practice makes perfect sebenarnya memang betul di kaca mata sains… Lebih banyak kita latih fungsi-fungsi otak kita (sama ada otak kiri atau otak kanan), semakin bagus kita dalam berfikir.
Akauntan sebagai contoh, pandai mengira sebab dia tiap-tiap hari mengira. Jadi otaknya sudah dapat mencongak nombor-nombor biasa kerana fungsi otak yang berkaitan dengan nombor sentiasa dilatih.
Pemain catur dan pengaturcara (programmer) pandai dengan logik kerana mereka selalu bermain dengan senario di dalam kepala mereka. Apabila buat A, apakah hasilnya. Kalau tak buat ini, apa hasilnya.
Otak kita sememangnya boleh dlatih. Jangan ingat kita bodoh ataupun pandai sejak dari lahir — tapi anggap ianya sesuatu yang boleh ditingkatkan.

Credit - diedit sedikit supaya lebih menarik :)

1 comment:

Aienal Mardhia Ab Rahman said...

yeay. finally ! thnx for sharing. at last jumpa juga game for brain . selama ni payah nk cari ..