Kek Batik Cheese

Kiera Rashid | 4/20/2015 07:57:00 PM | 1Comments |
Selamat Malam,  Macam biasa. Jejalan kat FB terjumpalah resepi kek yang agak mabeles... Rugi tak sharing nih. Jadi, kiera ngaserr nak share kat blog. Sebab lepas ni nak cuba buat sebelum puasa ni dan saja nak kongsi dengan pembaca yang sudi baca blog ni. Huhuhu. Tak lupa untuk credit pada owner resepi ini - Resepi Kek

Loyang 8" persegi

BAHAN2:
50g Serbuk Koko
100g Milo
100g Gula Pasir
200ml Air
100g Mentega
2 bj Telur
400g Biskut Marie - patah2kan

CARA2:
1. Campurkan koko, milo, gula & air ke dlm kuali. Masak dgn api yg sederhana, kacau sehingga larut.
2. Masukkan mentega sehingga larut.
3. Kecilkan api, masukkan telur & kacau sehingga pekat dalam 30 saat & padamkan api.
4. Masukkan biskut dan gaul sehingga rata dan biskut di saluti sepenuhnya.
5. Padatkan ke dlm loyang yg di alas dgn kertas aluminium.

LAPISAN CHEESE:
250g Cream Cheese
1 bj Telur Gred A
2 sb Gula Halus ( guna 1/4 cwn)
- Putar kesemua bahan sehingga kembang & tuangkan ke atas kek batik tadi.
- Bakar 160C (api atas shj) selama 5 minit.
- Sejukkan di dlm petisejuk sebelum di potong/hidangkan.

Selamat Mencuba :)

1 comment:

Ezy Loy said...

terliur la plak tgk kek batik..