Stacy AF7 ada anak angkat .

Kiera Rashid | 5/14/2012 02:48:00 PM | 0Comments |
Selamat petang oulls , harinhe saje nak hapdet sebab rajin siked . hee ~ Huuu ! 

Sape tak kenal Stacy AF7 yang comel molek tu ? Angkat hidung . Huwee ! Dengar khabar dea ade ambil anak angkat bernama Bella yang baru berusia 3 bulan . Wahhh ! Dah ade naluri seorang ibu laah tu . Nape stacy tak khawin je kan ? Hee ~ Nak tao jawapan , tanya laa dea sendiri :p

wahh ! comey laa baby tu :D
Nhe laa gambar stacy dengan anak angkat dea . Cam comel je kan baby tu :D

Mari baca berita yang di sunting dari blog mynewshub . Credit to beliau :)


KUALA LUMPUR – Juara Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7), Stacy biarpun baru berusia 22 tahun tetapi disebabkan terlalu ingin menjadi seorang ibu menyebabkan dia mengambil seorang anak angkat perempuan bernama Bella yang berusia 3 bulan baru-baru ini.
Menurut penyanyi berasal dari Sabah ini, dia mengambil anak angkat itu bukan sahaja kerana mahu memenuhi naluri keibuannya tetapi juga bagi mengisi masa banyak masanya yang terluang sewaktu berada di rumah ataupun apabila tiada undangan mengadakan persembahan pentas.
“Masa saya banyak dihabiskan di rumah terutamanya pada waktu siang dan aktiviti saya menyanyi lebih pada waktu petang dan malam. Jadi, saya ada banyak masa di rumah. Saya berasa sunyi dan salah satu cara saya mengisi masa itu ialah dengan cara membesarkan anak angkat saya itu.
“Apatah lagi, saya memang seorang yang sukakan kanak-kanak. Saya juga mempunyai tujuh orang anak buah berusia daripada lima bulan sehinggalah 15 tahun. Saya selalu bersama mereka tetapi dengan adanya anak angkat sendiri saya rasa lebih seronok kerana menjadi ‘ibu segera’,” ujarnya.
Sungguhpun itu adalah kali pertama Stacy mencuba pengalaman menjadi seorang ibu tetapi dia sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan dan cabaran dalam usahanya untuk menjaga bayi comel yang telah dianggap seperti anaknya sendiri itu.
Malah, penyanyi yang juga finalis pertandingan Mania anjuran Astro Ria yang akan berlangsung pada 19 Mei ini berkata, dia juga berasa seronok biarpun terpaksa bangun di tengah malam buta menukar lampin Bella ataupun menyediakan susu anak angkatnya itu.
“Mungkin ini adalah suatu pengalaman baru saya sebelum menjadi ibu kepada anak yang sebenar suatu hari nanti. Saya seronok kerana mendapat pendedahan ini lebih awal dan daripada situlah saya mengetahui betapa mencabarnya untuk membesarkan anak-anak,” katanya lagi.

No comments: