Giveaway Buku PTS Pilihan Saya

Kiera Rashid | 5/02/2012 07:49:00 PM | 2Comments |
Selamat petang , tengah Bw blog seorang blogger nie . tetibe terlihat Giveaway yang menarik . Lagi menarikkan hati kiera sebab GA nie berpeluang mendapat buku percuma . Furhh ! Sebut buku , dahlah kiera nie minat membaca buku . tapi sayang kiera kene selalu pergi ke perpustakaan desa untuk meminjam buku . Tapi nak mempunyai buku tersendiri jangan harap lah . Sebab kiera tak selalu keluar ke bandar untuk beli . Sebab asyik ade tuisyen . hermm . Kiera harap ade rezeki laa nak menang satu buku pun dah cukup :)

ini banner GA tersebut . klik kalau anda mahu sertai :)

Buku pilihan kiera ?

kiera pilih buku nie sebab kiera suka baca buku berkaitan penyiasat. terasa macam kita yang sedang lalui segala kejadian yang dilalui dalam cerita tersebut .

sinopsis :
Empat sahabat yang menggelarkan diri mereka Penyiasat Ekstrovert. Penyiasatan mereka mengenai lembaga misteri menjurus kepada misteri yang belum pernah terbongkar selama ini dengan penemuan sebuah terowong rahsia. Ikutilah siri PENYIASAT EKSTROVERT yang mencabar dan mendebarkan.

sinopsis :
Ali, Ketua Asrama Delima memohon keluar dari asrama. Seluruh penghuni asrama gempar dengan tindakan itu. 
Semua berlaku selepas dia ditemui tidak sedarkan diri di belakang blok. Yang mereka tidak tahu, Ali terserempak sesuatu yang menyeramkan malam sebelum itu. Sesuatu yang membuatkan matanya terbeliak besar, lidahnya kelu dan pandangannya kelam.
Apa sebenarnya yang berlaku? Misteri apakah yang menyelubungi Asrama Delima? Siapakah yang tahu cerita sebenar?

buku nie kiera berminat nak hadiahkan kat adik kiera sempena hari lahir dea 13hb nanti :)
 sinopsis :
Mengisahkan Rostam, murid 4 Mawar yang sering mendapat tempat tercorot dalam peperiksaan. Hal ini menyebabkan dia sering diejek oleh kawan-kawan sekelasnya. Namun, Rostam juga mempunyai kelebihan. Dia dapat membaca al-Quran dengan lancar dan dapat melagukannya seperti musabaqah.

sinopsis :
Bercinta dengan Tuhan itu tidak susah. Bercinta dengan manusia itu yang lebih payah. Dengan Tuhan, cintanya tidak ada syarat. Sekiranya seorang hamba itu hendak bercinta Tuhannya, bercintalah. Dia tidak akan berkata,

Harap sangat dapat buku-2 kat atas nie . dapat salah satu pun jadi :) amin ~ bukan senang nak dapat kan .

Giveaway Buku PTS Pilihan anda adalah anjuran Muazfaris.com dan SEO Lelaki Kacak

2 comments:

mz said...

ok noted. gud luck ye uollsss.

Kiera Rashid said...

@Muaz Faris

tengs ye abgs muaz :)