16 FAKTA MENARIK TENTANG BAYI

Kiera Rashid | 1/26/2013 12:33:00 AM | 1Comments |


:: 16 FAKTA MENARIK TENTANG BAYI ::
lepas baca silakan Share..

  • 1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.

  • 2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

  • 3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

  • 4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

  • 5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

  • 6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

  • 7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

  • 8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

  • 9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

  • 10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

  • 11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

  • 12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

  • 13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

  • 14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

  • 15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

  • 16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya,, =)

P/S : Comel kan bayi nie, SUKKA =)

1 comment:

Prince of Noob said...

terima kasih atas perkongsian yg berguna ini...

Btw jom join Contest yang sangat mudah kat SINI dan menangi wang tunai segera.