10 fakta tentang kelahiran yg anda patut tahu

Kiera Rashid | 1/07/2013 11:37:00 PM | 2Comments |

  • 1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.
  • 2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.
  • 3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
  • 4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.
  • 5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
  • 6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. 
  • 7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
  • 8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.
  • 9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa. 
  • 10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

p/s >> Sayangi ibu anda...redha Allah terletak pada keredhaan ibubapa <<

2 comments:

hazwan hairy said...

nsb perempuan ja :p

Kiera Rashid said...

@hazwan hairy

Haha, yolah. perempuan ja, hihihi