ADAKAH HIDUP INI SUSAH ATAU HIDUP INI SENANG?

Kiera Rashid | 7/03/2014 09:37:00 PM | 3Comments |
Agaknya mana satu yang betul? Adakah kita perlu mengandaikan hidup susah atau hidup itu senang sebagai permulaan.
Seandainya sejak awal kita beranggapan bahawa hidup itu senang, maka tidak akan ada usaha untuk melakukan kerja mencari jalan untuk memudahkan kehidupan.
Masa akan dibuang dengan kerja-kerja yang melalaikan dan akhirnya kehidupan menjadi sia-sia.
Sebaliknya jika andaian awal adalah dengan penerimaan bahawa hidup itu susah, maka untuk berjaya dan mencapai matlamat yang ditetapkan dalam diri kita tidak boleh tidak kita mesti bersedia untuk mencari jalan memudahkan segala urusan untuk pergi ke depan.
Cuba perhatikan apa yang kebanyakan pemimpin hebat-hebat berjaya lakukan. Mereka adalah insan yang telah berjaya memberikan jalan keluar kepada masalah hidup yang sukar.
Sesiapa saja yang mampu memudahkan sesuatu perkara yang susah, dia sudah tentu akan ke depan melebihi orang lain. Semakin tinggi tahap kesukaran yang berjaya diselesaikannya, maka semakin tinggi peningkatan martabat seseorang itu di mata masyarakat.
Jika kita mahu otak berjalan, mahu pergi ke depan dan sentiasa membuat pembaharuan dan menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam, mulakan dengan andai hidup susah dan jangan anggap bahawa hidup itu mulanya senang. 

Apa pandangan sahabat?
Credit to: FB's Datuk Dr. Maznah Hamid

3 comments:

Unknown said...

yeap sokong tu! yang penting mindset kita. kena bercas positif selalu. tapi orang kita selalu set negatif even belum cuba. itu yang sakit

Unknown said...

tak ada yang senang dalam hidup ini :)

Mimie said...

takde yang mudah kt dunia nih...bila kita nak capai sesuatu kena bekerja keras dan berusaha lebih brulah akan senang...xde org senang yg lahir aje terus senang semua akan melalui kesusahan kan