MUTIARA KATA UNTUK MU

Kiera Rashid | 7/22/2014 12:47:00 PM | 3Comments |

  • 1) Jangan pernah meremehkan diri sendiri. Jika kamu tak bahagia dengan hidupmu, perbaiki apa yang salah, dan teruslah melangkah dengan penuh bersemangat.
  • 2) Hidup ini terlalu berharga untuk dihabiskan memikirkan mereka yang tidak menghargaimu, dan tidak pernah menganggapmu hadir.
  • 3) Jangan membenci mereka yang mengatakan hal buruk untuk menjatuhkanmu, kerana merekalah yang buatmu semakin kuat setiap hari.
  • 4) Membenci hanya merugikan dirimu sendiri, kerana sebahagian besar orang yang kamu benci tidak akan peduli dengan kebencianmu.
  • 5) Sedarilah, mengeluh itu tidak menyelesaikan apapun. Mengeluh hanya akan menambah beban dihati. Berhentilah mengeluh, bertindak segera!
  • 6) Salah satu hal terbaik dalam hidup ini adalah apabila melihat senyum di wajah orang tuamu, dan menyedari bahawa kamulah alasannya.
  • 7) Keluarga yang baik dimulai dengan cinta, dibangun dengan kasih sayang, dan dipelihara dengan kesetiaan.

3 comments:

miss kepeng said...

Motivasi yang berguna^^

Entri terbaru : Selamat Hari Raya

Cik Itah said...

salam. nice..sy suka mutiara kata ni:)

زليخا said...

nasihat yg berguna