Review Filem : Dampak bukan filem aksi biasa .

Kiera Rashid | 9/24/2013 07:00:00 PM | 0Comments |

Walaupun ini filem pertama arahan Lai Yuk untuk genre aksi, ia tidak begitu mengecewakan kerana Dampak bukan sekadar filem aksi biasa, sebaliknya turut mengangkat tema persahabatan, kekeluargaan dan cinta.

Hampir 90 peratus daripada filem ini, penonton disajikan dengan adegan bertarung yang tidak mengecewakan. Terutama realisme pertarungan yang dilakukan Intan dan Jue Evans kerana realitinya mereka antara pelakon wanita yang jarang melakonkan aksi berlawan serius kecuali dalam filem komedi.

Bukan saja mereka, malah hampir semua bintang yang berlakon dalam Dampak melakonkan sendiri aksi berlawan supaya kesannya lebih menjadi di mata penonton.

Walaupun mengetengahkan pelakon gred A yang sudah biasa dengan filem aksi seperti Aaron Aziz dan Farid Kamil, Dampak masih kurang menyengat dari segi promosi dan pengkisahan yang dianggap agak klasik dan klise.
Apatah lagi mengangkat tema gangsterisme yang sudah menjadi satu pendekatan klise untuk menarik penonton tempatan yang rata-rata golongan muda.

Dampak mengisahkan misi lima beradik cuba membalas dendam atas kematian bapa mereka tetapi diduga dengan pelbagai halangan yang akhirnya membongkor misteri yang wujud dalam keluarga mereka sendiri.
Misi bermula dengan kisah Idrus (Aaron) bersama-sama adik angkatnya, Giran (Farid), Hana (Jue Evans) dan Qyra (Intan) mencari Afran (Michael Chin) yang hilang untuk menyelidik rahsia Tok Long.

Selepas Afran ditemui, mereka teruskan usaha mencari sejarah Tok Long sehinggalah dipertemukan dengan Botak (Cat Farish) yang kebetulan dibelasah orang-orang suruhan Man. 

Man pula musuh Joni Hitam, kumpulan gangster dan kongsi gelap yang menggunakan nama Lambang Merah sebagai tagline mereka.

Keberanian dan ketangkasan Giran dan Afran bertarung menarik minat Joni mempelawa mereka bekerja di bawah naungannya. Namun mendapat tentangan adik beradik lain yang bimbang misi mereka akan terjejas.

Tetapi Idrus menyakinkan tugas mereka pasti lebih mudah sekiranya berada di bawah Lambang Merah. Pada waktu itulah, mereka dipertemukan dengan Tiger Long, kepala kumpulan Lambang Merah yang mempunyai pertalian rapat dengan kisah silam mereka.

INFO
FILEM: Dampak
ARAHAN: Lai Yuk
PELAKON: Aaron Aziz, Farid Kamil, Intan Ladyana, Juliana Evans, Scha Al-Yahya dan Michael Chin
GENRE: Drama aksi
TAYANGAN: 19 September 2013
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

Psst : Dah tengok cite niey kat wayang minggu lepas. Citer niey memang BEST ! :D 

No comments: