Tonton Filem Online : Anugerah Dendam Yang Terindah 2013 (Full Movie)

Kiera Rashid | 8/30/2013 03:32:00 PM | 0Comments |
Tonton Lagi banyak Filem Online DI SINI :)



Sinopsis : Mengisahkan tentang Azman (30an) yang merupakan seorang anak yang terkilan dengan sikap ibunya memilih kasih dengan memberikan sepenuh perhatian kepada adiknya Aril (lewat 20an). Segala kemahuannya Aril akan dituruti oleh ibunya sedangkan Azman pula sering dipinggirkan dan dihina.

Konflik terjadi apabila kekasihnya, Izatul ditunangkan dengan adiknya dan sejak itu Azman menyimpan dendam serta membawa diri ke Australia.

Suatu perkara yang disangka berlaku, Izatul yang 6 bulan mengandung, terbang ke Australia untuk memujuk Azman pulang ke Malaysia, menjenguk ibunya dan adiknya yang sedang tenat akibat kemalangan jalan raya.

Untuk mengelakkan dirinya dibenci Azman, Izatul menceritakan segala-galanya kepada Azman mengenai perkahwinannya dengan Aril memandangkan Azman masih lagi menuduhnya mempermainkan sumpah janji cinta mereka. Izatul terpaka berkahwin dengan Aril untuk menutup malu kerana dia telah dirogol Aril.

Sebuah filem yang diterbitkan oleh Global station dan dibawah arahan Mohd Feroz Kadir serta skrip yang ditulis oleh Rozie Rashid ini bakal memberi sesuatu kelainan dan pengalaman hebat buat penonton dengan pelbagai babak dramatik yang diselitkan khas buat tontonan umum.

Jadi apakah kesudahan kehidupan Azman yang telah melalui pelbagai rintangan hidup? Bagaimana pula dengan Izatul setelah kematian suaminya? Adakah dia kembali bersama Azman?
Tonton online Anugerah Dendam Yang Terindah

No comments: