Fakta! Maksud Simbol 4 Jari R4BIA Di Laman Sosial Sebenar

Kiera Rashid | 8/24/2013 01:30:00 PM | 0Comments |
Fakta! Maksud Simbol 4 Jari R4BIA Di Laman Sosial Sebenar | Mungkin ada yang perasan dan mungkin tidak apabila ramai berkongsi imej simbol 4 jari R4BIA semenjak penyokong Dr Mursi ramai dibunuh oleh pihak tentera Mesir. Persoalannya, logo apakah ini? KisahBest.My juga maklum bahawa sekarang ramai pengguna di facebook dan twitter telah menukar Default Picture (DP) mereka kepada simbol 4 jari. Tujuan sebenar adalah untuk menunjukkan kepekaan dan prihatin terhadap krisis atau pergolakan yang berlaku di negara Mesir pada masa sekarang.


Tujuan dan apa maksud simbol 4 Jari R4BIA di laman sosial yang sebenar.

Tujuan Simbol 4 Jari R4BIA
Tujuan Display Profile (DP) simbol #R4BIA dipakai di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan menunjukkan tanda keprihatianan terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain itu, menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih peka mengenai krisis atau pergolakan di Mesir pada ketika ini.


Maksud Simbol 4 Jari R4BIA
Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat. Rab’ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.
Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah.
Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

No comments: