Berita : 'Suara suruh bunuh bapa'

Kiera Rashid | 10/18/2013 08:07:00 PM | 2Comments |
Kuala Lumpur: “Bila saya tanya kenapa bunuh ayah, dia ketawa dan berkata itu urusan dia dengan Tuhan, selain berkata ada suara ghaib menyuruh dia melakukannya,” kata Mohd Yusof Mohd Salleh, 26, mengenai tindakan jirannya membunuh ayah sendiri, semalam.
Dalam kejadian jam 2 pagi di Blok 6, Flat Seri Melaka, Cheras di sini, Hassan Yusof, 70, disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira enam jam selepas ditikam anaknya sendiri.

Mangsa dilaporkan cedera parah akibat 12 tikaman pisau pemotong daging di badan dan ada sebahagiannya tepat mengenai jantung.

Suspek yang juga anak mangsa dikatakan mengalami gangguan mental dan lelaki berusia 38 tahun itu ditahan penduduk sebelum diserahkan kepada polis.
JENAZAH mangsa dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Cheras Baru untuk dikebumikan.
MOHD Norizam menunjukkan tempat bapa mentuanya dibunuh.

Mohd Yusof berkata, sebelum kejadian dia bersama empat rakan duduk berbual-bual di taman permainan berhampiran Blok 6 dan terkejut apabila mendengar isteri mangsa yang dipanggil Mummy menjerit memberitahu suaminya ditikam.
psst : Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. SUMBER

2 comments:

Humaira Lee said...

Suara ghaib tu suara syaitan la, suruh buat yang bukan2. Walauapapun, mudah-mudahan kita dan keturunan kita dijauhkan dari perbuatan tersebut. Nauzubillah. Alfatihah buat pak cik yang meninggal tu.

Unknown said...

Dah takdir Allah.