Amir Jahari Sudah Berkahwin Dengan Kartini Ismail (TAHNIAH)

Kiera Rashid | 10/06/2013 07:06:00 PM | 0Comments |
Dalam diam, penyanyi yang popular dengan lagu Penghibur Jalanan iaitu Amir Jahari telah pun menamatkan zaman bujangnya pada Sabtu lalu (5 Oktober 2013). Majlis pernikahan Amir dengan gadis pilihan hatinya iaitu Kartini Ismail telah pun selamat dilangsungkan di Penview Hotel, Kuching kira-kira jam 9 pagi.
Amir telah memberikan mas kahwin berupa seutas rantai dan sebentuk cincin emas manakala RM10 ribu sebagai wang hantaran kepada pihak perempuan. Bagaimanapun tiada barang hantaran diberikan oleh kedua-dua belah pihak. Majlis resepsi untuk kedua-dua belah turut diadakan selepas pernikahan.
Jutaan tahniah buat Amir Jahari dan Kartini Ismail atas perkahwinan ini. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan. Beberapa lagi keping gambar sekitar majlis perkahwinan mereka 

CK : TAHNIAH ^_^

No comments: