ramadan suda dekat ^^ ( bulan rahmat )

Kiera Rashid | 7/31/2011 04:37:00 PM | 2Comments |
hyy , semua sehadd . hehe ! , rindu nak update cerita lagi(kalau hadpet cerita un takde owang nak komen lha weyy) .
hehe ,uiii ,esok dah nak posa kenn . tak sabar nye .. tengok doodle yang kiera buad sendiri nhe . haha , langsung buruk lha . tak rety buaddd ,, haha ! .berbalik pade cerita tadii . mesty keadaan kita tyme posa t lemah lesu je kan , lagi2 hari pertama posa . letyh sgt lha kan .. 

bulan ramadan bulan yang penuh dengan keberkatan dan sarat dengan ganjaran yang diberikan oleh ALLAH. bulan ramadan juga di anggap sebagai 'penghulu segala bulan' . sebulan kita diwajibkan berpuasa ! tak mkn dan tak minum . tetapi bukan itu je yang kite kene tahan nanti . amalan kita juga kene perbanyakan ibadah kita kat ALLAH , barulah puasa kita sahh. setakat menahan diri dari mkn dan minum , tetapi amalan langsung kita abaikan .tidak gunanya . 

Sebulan bulan Ramadan difardukan berpuasa. Setiap umat Islam yang mukallaf  diwajibkan  menunaikannya. Ia tidak mengira sama ada lelaki atau perempuan, miskin atau kaya, apa kedudukan dan pangkat mereka. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas manusia sebelum kamu, musah-mudahan kamu bertakwa kepada Allah. (Surah al-Baqarah 2:183) 


jangan kita menggapkan puasa ini hanye untuk mendera atau menyeksa kan,ALLAH tak kejam. sebaliknya dia ingin memberi fadilat kepade kita ..Umat Islam yang berpuasa menandakan umat Islam yang patuh. Mereka taat kepada perintah Allah. Ibadat puasa membawa agenda yang besar – penyatuan umat. Melalui ibadat puasa ini, kita dididik dan diasuh supaya dapat berkongsi penderitaan dan keperitan hidup yang dirasai oleh golongan miskin dan fakir.

Hikmah puasa dari aspek rohani ia dapat menguatkan keperibadian dan meluhurkan budi, mencantikkan pekerti, membersih dan meningkatkan jiwa keinsanan.Sesungguhnya ibadat puasa mempunyai hikmah dan rahsia yang tersembunyi. Ia merangkumi aspek rohani dan jasmani.Ibadat puasa sekaligus menjadi benteng kepada hawa nafsu yang buas dan rakus. Nafsu Ammarah yang sentiasa mengajak manusia melakukan kedurjanaan. Nafsu jahat yang sentiasa mendorong manusia berlebihan dalam makan dan minum, nafsu bahimiah (kebinatangan) yang meronta-ronta bagi memenuhi hajat sarakahnya.

namun ramai remaja kita , tak ambil berat tentang hal ini. mereka anggap puasa itu melecehkan.merekka sanggup cari line nak curi-curi makan, tak kisah dengan perintah ALLAH , kalau raye bukan kemain. deo lha nombor satu. tapi puase tak penuh pun ..macam-macam ragam remaje sekarang kan ? ishishish 

Ibadat puasa suatu ibadat yang istimewa. Pernah satu hari Abu Umamah al-Bahili r.a meminta Rasulullah saw menyuruhnya melakukan sesuatu yang diterima oleh Allah swt. Maka Rasulullah saw pun bersabda yang bermaksud: “Wajib ke atas kamu berpuasa kerana puasa itu tiada bandingan baginya.” Abu Umamah mengulangi permintaan itu kali kedua maka Rasullah saw bersabda lagi seperti yang pertama juga dan Abu Umamah meminta untuk kali ketiga, maka dijawab oleh Rasulullah saw sepertimana jawapan kali pertama dan keduanya juga. Dengan jawapan demikian dari baginda saw tidak syak lagi ibadat puasa merupakan ibadat ynag cukup istimewa di sisi Allah. Justeru dalam hadis Qudsi, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “ Tiap-tiap amalan anak Adam ialah satu kebajikan bersamaan sepuluh balasan pahalanya membawa kepada 700 kali ganda. Allah swt berfirman: “ Melainkan puasa balasannya puasa itu bagiKu dan Akulah yang membalas dengannya.” Jesteru itu, kita sebagai umat Islam perlu berlumba-lumba untuk mendapat ganjaran dan habuan yang disediakan. Rasulullah saw menggembirakan para sahabatnya dengan ucapannya yang bermaksud: “ Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan bulan yang diberkati. Allah mewajibkan berpuasa padanya, dibuka segala pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan. Padanya terdapat satu malam yang terlebih baik dari seribu bulan. Mereka yang tidak diberikan kebaikan pada malam ini bermakna telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan.” (Riwayat Ahamad dan Nasa’i dari Abi Hurairah)

Untuk itu rebutlah peluang keemasan ini. Kita tidak dapat pastikan apakah peluang ini akan ditawarkan lagi pada kita pada tahun hadapan!

~ TAMAT ~

2 comments:

Nur Atikah said...

selamat berpuasa ^^

dewqra chacqk said...

@Nur Atikah

tq atikah ^^ , selamat menyambut bulan puase juga ^^ :)