Pastinya penonton akan terkesan dengan pengorbanan seorang ibu yang sudah lanjut usia sanggup bersengkang mata menjahit baju yang ditempah oleh pelanggan untuk mengumpul wang demi memastikan anaknya meneruskan pelajaran
Pada masa yang sama, ia turut menyelitkan semangat 1Malaysia iaitu sifat bantu membantu di antara kaum
Oleh kerana kesian melihatkan ibunya berkerja keras, si anak bijak mencari jalan lain dalam usaha membantu ibunya setelah menyedari ibunya tidak mahu anaknya menjahit
Biarpun kehidupan mereka dua beranak serba kekurangan, tetapi mereka mampu mengukir senyuman dan saling bergurau senda
Namun, babak kesedihan muncul apabila si ibu tersilap warna pakaian tempahan pelanggan terakhirnya. Tetapi si ibu dapat menyembunyikan perasaan itu dari pengetahuan anaknya
Setelah puas memikirkan jalan penyelesaian, si ibu mengambil keputusan untuk menjahit semula baju itu mengikut kehendak pelanggan
Akhirnya berjaya disiapkan juga, usaha itu tidak sia-sia malah pelanggannya turut membayar tempahan yang silap itu. Kegembiraan jelas terpancar di wajah si ibu
Kemuncaknya si anak telah mendapat tawaran melanjutkan ke universiti dengan diberikan pembiayaan biasiswa sepenuhnya
Usaha kudrat ibunya sepanjang Ramadan mencari wang akhirnya menjadi berkat untuk mereka berdua kerana dapat menggunakannya sebagai pembelanjaan di hari raya
Air mata bakal menitis kerana kita terharu dengan hasil usaha seorang ibu yang sanggup berkorban demi memastikan anaknya mempunyai masa hadapan yang cerah
Sumber : MySumber
No comments:
Post a Comment