haaa !! ney kiera mahu kongsi resepi untuk kowank wat kek coklat . hehe !! click jewr at title kiera ney yekk :)
selamat mencube :)
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
- Bahan A :-
- 1 cwn air
- 1/2 cwn serbuk koko Van Houten
- 1/4 cwn gula pasir
- Bahan B :-
- 250gm Buttercup
- tepung kek + susu tepung = 2 cwn
- 5 biji telur ---> asingkan putih & kuning
- 3/4 cwn gula icing (gula castor pun boleh)
- sedikit badam
- sedikit esen vanilla & perisa rose
- Hiasan : -
- 100 - 150 gm coklat masakan
- sedikit minyak masak
- sedikit badam / coklat @ colourful rice (pilihan)
Cara-cara
- Bahan A : satukan dlm satu periuk. Masak ats api kecil @ sedehana. Pastikan ianya likat & sejukkan. Sambil2 tuh boleh lenserkan bekas acuan dan kertas minyak dengan merjerin. Ketepikan.
- Asingkan putih & kuning telur. (Pastikan kuning telur tak termasuk dalam putih telur, walau sedikit. Nanti 'meringue' tak jadi. ) --->utk elak @ hilangkan hanyir putih telur, buangkan 'mata' yang terdapat dlm putih telur tu.
- Pukul putih telur hingga kembang/menjadi putih, ketepikan.(guna mixer @ guna whisk pun ble). (kalau diterbalikkan, ia tak jatuh dr bekas,bermakna ia dah cukup kembang)
- Masukkan butter,gula, esen vanilla & perisa rose ke dlm mixer. Putar hingga kembang.
- Ketika mixer masih on, masukkan kuning telur sikit demi sedikit hingga hbs kedalam bahan2 tadi (step 4).
- Kluarkan adunan tadi dr mixer...masukkan badam (kalau suka),gaul sebati.
- Satukan Tepung Kek & Susu Tepung, ayak. Kemudian, masukkan tepung nie ke dalam bahan2 tadi yg diputar tadi berselang seli dengan Bahan A tadi.
- Masukkan putih telur tadi, gaul hingga adunan semua sebati. Tuang dlm bekas acuan kek. Bakar hingga masak (30 - 40 minit). Sejukkan atas redai.
- Hiasan : Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double boiler', masukkan sedikit minyak masak.(tuk bagi ia berkilat). Tuang coklat nie atas kek yg telah sejuk tadi. Boleh hiaskan dengan coklat @ colour rice @pun badam.
- ** kalau rajin boleh potong kek kepada dua lapisan. Then tuang coklat masakan tadi. Lapiskan semula. Past tuh ikut semula step last tadi.... Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment