Lee Kwang Soo Cuba Memikat Ji Hyo. Tapi....

Kiera Rashid | 6/04/2015 03:18:00 PM | 3Comments |
Pelakon dan ahli Running Man, Lee Kwang Soo mendedahkan pernah terfikir untuk berkahwin setelah melihat kebahagiaan rumah tangga pengacara terkenal Korea, Yoo Jae Suk.

Dalam satu temubual bersama media, Lee Kwang Soo atau lebih mesra dengan panggilan Kwang Soo ini bercita-cita untuk menjadi penghibur serba boleh seperti Yoo Jae Suk.

“Saya ingi menjadi seperti Yoo Jae Suk, dia merupaka abang dan juga penghibur yang baik. Saya sering terfikir untuk menjadi bagus sepertinya.
“Sebelum ini saya sibuk dengan kerja dan tidak ada masa untuk berfikir tentang bercinta namun setelah melihat kebahagiaan Jae Suk, saya rasa seperti ingin berkahwin pula.
“Setiap wanita pasti akan rasa cemburu jika lihat bagaimana cara layanan terhadap isterinya dan untuk pertama kali saya terfikir untuk berkahwin kerana Jae Suk,” katanya.

Ketika diajukan soalan mengenai kehidupan peribadinya, Kwang Soo memberitahu dia bukanlah seorang yang romantik.

“Saya jenis agak sukar untuk memahami perasaan wanita. Sebagai contoh, saya pernah cuba lakukan perkara yang saya sangka wanita suka tapi malangnya jangkaan saya meleset.
“Saya cuba teknik tersebut kepada Ji Hyo dengan mengusap kepalanya, tapi ekspresi wajahnya terus berubah dan dia telah memukul saya,” ujarnya ketawa.

Dalam pada itu, bercakap mengenai Running Man, pelakon tinggi lampai ini begitu seronok menjadi sebahagian daripada ahli Running Man dan tidak pernah terfikir untuk mengundurkan diri.

“Running Man amat penting bagi saya, persahabatan yang dibina itu sangat manis dan mereka juga umpama keluarga saya.
“Hampir lima tahun saya bersama Running Man dan tidak pernah sedikit pun saya terfikir untuk meninggalkan rancangan itu.” katanya mengakhiri perbualan.
P/S:Tajuk saja tukar untuk menyedapkan perisa yang sedia ada. KahKah! CREDIT ASTRO GEMPAK 

3 comments:

Niena Reen said...

Hahaha! Kalau buat dekat song ji hyo memang kena lah dia.. Siapa suruh berani2 usik noona dia tu.. Hehe..

anis Sk said...

Kwang soo oppa , tunggulah saya! Haha

sha purplegirl said...

Kwangsoo-Yaa!! Haha.