SIJIL HALAL SECRET RECIPE DITARIK!

Kiera Rashid | 5/26/2015 09:30:00 AM | 1Comments |

SIJIL HALAL SECRET RECIPE DITARIK! | Fuh, tadi terbaca satu post kat Sahabat Halal.... Ceritanya SECRET RECIPE dah kena tarik sijil HALAL. Kenapa? dan mengapa? Menurut apa yang Kiera baca, KKM ada buat pemeriksaan ke atas SR dan dapati premis KOTOR. KKM laporkan kepada JAKIM dan serta merta lesen mereka kena tarik... Ha, yang ni lain pulak citernyee. Tak silap tahun 2014... heboh orang cakap yang lori SR guna untuk transfer bahan mentah ke outlet deorang berkongsi dengan 'benda' yang tak elok, seperti 'b**i' . Allahualam, kiera sendiri tak tahu kebenarannya. Actually, sumber yang beritahu keluarga kiera pun dari orang yang terdekat dengan SR. sebab orang rumahnya dulu bekerja di SR. hmmm, cite lama... Jangan hontam den okey!
Ada pulak yang bertanya soalan begini "SR yg ditarik blk sijil halal tu hanya kpd premis yg beralamat di atas shj atau keseluruhan branch di seluruh Malaysia?'' Jadi, bagi menjawab soalan ini, Sahabat Halal sudah jelaskan... Menurut dari sahabat halal... Yang sijil kena tarik ini adalah Central Kitchen. So, memang akan effect dengan outlet lain... Sampai macam tu sekali eh? Nasib baiklah Kiera tak pernah jejak kaki kat SR. cuma pernah makan kek dari SR sebab anak jiran sebelah ni dulu kalau tengah cuti sem memang buat part time kerja kat SR. Jadi, rajin nau dia sedekah ke jiran dia nih. Sekarang dia dah tak kerja sana lagi dah...huhuhu

Inilah post yang kiera jumpa kat page sahabat halal... Siap embed lagi nak bagi korang baco. Huhuhu
Sijil Halal DITARIK!!!
Posted by Sahabat Halal on Monday, May 25, 2015
Seee, masih mahu makan dekat SR? Kita yang menentukannya...
Sesungguhnya yang baik datang dari ALLAH Happy Facebook smiley red in faceHappy Facebook smiley red in face

Nak share satu cerita yang berkaitan dengan topik ini...
Pada suatu hari, selesai Abu Bakar As-Siddiq menjamah makanan... Seorang hambanya yang memang ditugaskan sebagai penyusun makanan menghadap SABAS. 
Dia bercerita; "Tuan...semasa zaman Jahiliyyah...aku ini digelar org sebagai paranormal kerana boleh melihat sesuatu yg terdapat dalam makanan. Suatu hari, datang seorang lelaki berjumpa dengan aku dan mengujiku dengan makanan yg dibawanya. Setelah itu dia mengatakan aku ini adalah dukun. Hari ini wahai tuanku Abu Bakar As-Sidiq, Aku nampak lelaki itu menghantar makanan kepadamu dan engkau menjamahnya." 
Selepas mendengar kata-kata pembantunya tadi, Saidina Abu Bakar terus menjolok tekaknya dan mengeluarkan makanan yg ditelannya tadi.

1 comment:

Unknown said...

20 tahun hidup dan masih belum sentuh walaupun krim kek SR. ahahaha xD