Senarai sarikata BI-BM yang ke laut....

Kiera Rashid | 5/21/2015 08:55:00 PM | 5Comments |
Selamat Malam ^^.... Hari ini manyak busy maa, dengan sakit telinga lagi, demam baru aja kebas... Pening kepale tak hilang-hilang lagi... Tapi nak jugaa update blog, Baru aje berazam nak update entri hari-hari. takmau dah buat blog ni kosong ajee... hew hew... 
Tadi macam biasa jalan-jalan kat fb terjumpa satu post yang menarik dan lawak. Tengok title , SENARAI SARIKATA BI-BM YANG KE LAUT... Kiera dulu pun freelancer translator tak pernah buat lagu gini bagi orang baca. Sumpah kelaut semua sarikata orang yang buat ni. Sape lah orangnya tu eh... Tingkatkan usaha lagi yaa. :D
Pernahkah kamu membeli DVD cetak rompak dan mendapati terjemahannya sangat lucu dan tak kena dengan maksud sebenar? Seperti filem Day After Tomorrow diterjemahkan menjadi Lusa.
Memetik sumber dari sebuah portal lawak satira [Disini] di bawah disenaraikan beberapa sarikata ke laut yang pernah dijumpai:

1. Dialog:. Hi Baby..you look cute
Terjemahan lawak : Hai Bayi..awak nampak comel

2. Dialog: Aim..readyFire!!Fire!!
Terjemahan lawak: acusedia..api!!api!!

3. Dialog: Please help me get that contact lense
Terjemahan lawak: tolong ambilkan saya kanta perhubungan itu.

4. Dialog: Oh My God..Holy Shit!!
Terjemahan lawak : Oh Tuhan..Tahi suci!

5. Dialog : I dont give a damn about it..
Terjemahan lawak: aku tak beri celaka padanya

6. Dialog: Enemy in front everybody duck!!
terjemahan lawak : Musuh di depan.. semua orang itik!

7. Tajuk Cerita: The day after tomorrow
Terjemahan lawak : Lusa

8. Dialog: The ghost is coming!! the ghost is coming !! get ready!!
Terjemahan lawak: momok datang..momok datang..siap sedia!

9. Dialong : This is none of your business
Terjemahan lawak : ini bukan syarikat anda

10. Tajuk Cerita: Mr.Beans holiday
Terjemahan lawak : Percutian encik kacang

11. Dialog : What the hell are you doing?
Terjemahan lawak: apa neraka yang kamu buat?

12. Dialog: Just plug and play..simple..
Terjemahan lawak : cuma cucuk dan main..mudah..

13. Dialog: Hand over that joystick to me
Terjemahan lawak: berikan aku kayu gembira itu.

14. Dialog: Are you Mr Parker?
Terjemahan lawak :Adakah awak Encik Letak Kereta?

15. Dialog: Weve got company
Terjemahan lawak : Kami ada syarikat..

16. Dialog: wassup??..wassup.. bro?
Terjemahan lawak: apa di atas??..apa di atas bang?

17. Dialog: May I join you?
Terjemahan lawak :Boleh saya sambung awak?

18. Dialog : the males private part is missing!!
Terjemahan lawak : kawasan/tempat swasta lelaki ini hilang!!

19. Tajuk cerita: Die hard 4.0
Terjemahan lawak : mati keras 4.0

20. Dialog: I dont want to talk about it PerioD! PerioD! Period!
Terjemahan lawak :Saya tak mahu cakap lagi! Menstruasi! Menstruasi! Menstruasi

21. Dialog: this is my sister in law
Terjemahan lawak : inilah kakak dalam undang-undang saya

22. Dialog:Get the hell out of here!
Terjemahan lawak:- Ambil neraka keluar dari sini

23. Dialog: This is test in our life
Terjemahan lawak : Inilah peperiksaan dalam hidup kite

24. Dialog: You have another 30 seconds left
Terjemahan lawak:Kamu ada lagi 30 yang kedua tertinggal

35. Dialog: I was framed!!
terjemahan lawak : Saya telah dibingkaikan!!

Korang ada tak pengalaman ternampak sarikata yang lucu dan maksudnya ke laut? . Meh kongsi dengan Kiera. nak juga tengok sarikata-sarikata yang gila lawak nihh. muahahaaa....
P/S : Artikel sekadar santai, jangan hentam daku :P

5 comments:

Shuhaida Kabdy said...

hahahahaha..tergelak acik baca Kiera

Athirah Diyana said...

kehkeh! lawak. setakat ni tak pernah pulak dapat terjemahan kelaut macam ni

Wana Seoby said...

Hahahahaha lawak lawak je semua XD

cat man said...

hahaha boleh tahan ? kelaut orang nak tulis sarikata dia nak tulis tu yg jadi macam tu... :)

azzwaniamir said...

huhuhhu selalu nampak terjemahan mengarut ni memang selalu tergelak bila baca. so direct translation :) :)