DUBSMASH: "Gejala yang tercela lagi celaka."

Kiera Rashid | 5/25/2015 01:40:00 AM | 1Comments |
Gambar credit pada Imanimex . Klik gambar untuk baca selanjutnya komik beliau :)

Credit  / Kiera hanya berkongsi kerana ada juga kebenarannya. Tak salah kan? Kita kan berpegang pada Agama Islam :)
Oleh : Ustaz Fashan

Gejala DUBSMASH dikenali dalam istilah bahasa arab sebagai Al-Muhaakah(المحاكاة).Ia bermaksud meniru-niru gerakan atau suara orang lain kebiasaannya bertujuan untuk mengejek,menghina dan merendah-rendahkan orang lain.
Hukumnya haram,dan ia bertambah haram jika ia dilakukan bertujuan untuk mentertawakan orang lain ia termasuk dalam bentuk istihza'(mengejek),sindiran dan ghibah yang diharamkan syarak,bertambah haram apabila ia disertai muzik dan nyanyian.

Nabi Sallallahu'alaihiwasallam pernah menegur Ummul Mukminin Aisyah r.a ketika Aisyah r.a meniru gaya dan gerakan seseorang dalam ucapannya,Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:
ما يسرُّني أني حكيتُ رجلًا وإنَّ لي كذا وكذا
"Aku tidak suka meniru-niru(gaya) seseorang walaupun aku diberikan dengan seperti ini dan ini(sesuatu apa pun(yang bernilai)" [ HR At-Tirmidzi:hasan shahih ]

Para Ulama menjelaskan perbuatan tersebut adalah perbuatan haram lagi tercela.Imam An-Nawawi rahimahullah mengkategorikan perbuatan Al-Muhaakah ini termasuk dalam perbuatan ghibah(mengumpat)yang diharamkan.
Ia juga termasuk perkara sia-sia,tambahan jika ia dilakukan bertujuan membuat orang ramai ketawa ia termasuk dalam kategori DUSTA yang dilarang dan didoakan kecelakaan bagi pelakunya oleh Nabi kita Sallallahu'alaihiwasallam dalam sabdanya:
ويلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ بالحدِيثِ لِيُضْحِكَ بِهِ القوْمَ فيَكَذِبُ ويلٌ لَهُ ويلٌ لَهُ
"Celakalah orang yang bercakap sesuatu percakapan bertujuan dengannya untuk membuat orang lain ketawa,lantas dia berdusta,celakalah dia,celakalah dia!!." [ HR Abu Daud:hasan ]

Apakah segala keseronokan DUBSMASH itu boleh ditebus dengan kecelakaan yang didoakan Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam?
Sebagai nasihat,tidak selayaknya seorang muslim berpelakuan seperti ini,seorang muslim wajib menjaga akhlaknya dan menggunakan masanya untuk perkara yang boleh memberi manfaat untuk agama dan dunianya,bukan dengan melakukan perkara yang tercela lagi hina seperti DUBSMASH ini.
P/S : Semoga Allah memberikan hidayah petunjuk kepada semua kaum muslimin.

1 comment:

kenny977world said...

Dalam setiap perbuatan, permulaannya yang pertama adalah niat. Jika niat sudah serong maka celakalah perbuatan dan sebaliknya.