Drama Terbaru Slot Akasia TV3 : Dia Isteri Luar Biasa (SINOPSIS)

Kiera Rashid | 5/18/2015 08:00:00 PM | 1Comments |
Macam biasa lah, tamat cerita tu. cerita baru pulak yang start... Slot TV3 yang ramai orang suka tu dah start cerita baru... tajuknya DIA ISTERI LUAR BIASA. Tajuk macam best bukan? barisan pelakon pun mantap-mantap gitu... So, pada sesiapa yang nak tahu cerita ni best ke tak? mohh kita baca sinopsis dia :)
Maklumat Drama :
Mula siaran :18 Mei (Harini)
Drama yang diadaptasi daripada Novel karya novelis Umie Nadzimah.
Lagu OST : Potret dari Akim & The Magistrate
Barisan Pelakon Shukri Yahaya, Nur Fathia, Keith Foo, Elizad Sharifuddin, Nonny Nadirah, Syatilla Melvin.

SINOPSIS :
Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra (Fathia) yang mencari suami sementara hanya bertujuan untuk mendapatkan anak. Dewi tidak percaya terhadap lelaki, kebencian Dewi terhadap lelaki terjadi akibat peristiwa silam yang masih menghantui dirinya apabila, ibunya menjadi mangsa kekejaman bapanya sendiri. Bagi Dewi dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki, tetapi apabila Dewi perlu menjaga anak sahabat baiknya, Eda (Nonny Nadhirah) yang bernama Nina, terdetik di hati Dewi untuk memiliki zuriat. Kerana tidak mahu berkahwin, Dewi cuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan namun ditolak kerana menyalahi undang-undang dan juga agama. Lalu tercetus satu idea apabila Dewi meminta pertolongan daripada sahabat baiknya, Cik Kem atau Kamrul (Keith Foo) untuk mencari calon suami sementaranya. 

Kesemua calon suami yang diaturkan Cik Kem tidak menepati citarasa Dewi. Cik Kem, walaupun lembut turut menyimpan sedikit perasaan sayang kepada Dewi, tidak ketinggalan menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi tapi ditolak oleh Dewi. Kehadiran Dr. Raden Amzar (Shukri Yahaya), seorang pensyarah dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Tanpa Dewi sedari, Raden Amzar sebenarnya menyukai Dewi walaupun Dewi bukanlah wanita sempurna yang dicari tetapi dia yakin dia boleh membimbing Dewi. Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi suami sementaranya. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap khalwat. Mereka bernikah secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga Raden Amzar.

Mampukah Raden Amzar mengubah pendirian Dewi terhadap lelaki dan mewujudkan rasa cinta dengan perkahwinan ini? Bagaimana pula penerimaan keluarga Raden Amzar terhadap Dewi? Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi. Apakah yang terjadi seterusnya???

1 comment:

Niena Reen said...

Nanti bila2 nak tengok jugaklah cerita ni. Nak tengok sebab ada Elizad ja.. Haha suka sangat dengan Elizad penangan TLU.