6 Sebab Kenapa Lee Kwang Soo Disukai Peminat Running Man.

Kiera Rashid | 5/19/2015 09:30:00 AM | 3Comments |
saja tepek muka2 gambar seksi cam gini. Hahah....
Bagi peminat setia Running Man (RM), melihat sahaja gelagat salah seorang hosnya iaitu Lee Kwang Soo sudah pasti akan ketawa. Mana tidaknya, ada sahaja perkara mengarut atau idea ‘jahat’ yang ingin dilakukan Kwang Soo kepada rakan-rakan Running Man yang lain.
Sikapnya yang bersahaja dan tidak mempedulikan imejnya sebagai seorang pelakon sewaktu beraksi dalam Running Man juga merupakan salah satu sebab mengapa dia begitu disukai penonton.
Buktinya dalam episod Running Man yang ke 134 iaitu ‘Asian Race in Vietnam’, pihak produksi sendiri terkejut melihatkan sambutan hangat peminat Running Man yang berkumpul semata-mata untuk bertemu dengan tujuh figura popular itu. Malah yang lebih menakjubkan hampir kesemuanya adalah peminat Kwang Soo!

Di sini Astro Gempak (kiera copy paste je nih..kah!) beri enam sebab kenapa Lee Kwang Soo begitu digilai peminat Running Man:

1. Kerana sikap rendah diri dan imej yang baik
Perwatakkan Kwang Soo yang ‘easy going’ dan bersahaja membuatkan dia senang didekati. Malah perkara itu telah dibuktikan sewaktu dia hadir ke sesi perjumpaan peminat di Malaysia pada tahun lalu di mana rata-rata peminat bertuah yang berpeluang bertemunya menceritakan perkara yang sama.
Kwang Soo juga mudah ramah dan bersikap rendah diri yang membuatkan ramai orang tertarik dengan keperibadiannya.

2. Ekspresi muka yang lucu yang tidak dibuat-buat
Sewaktu awal pemilihannya dalam Running Man, dia sendiri tidak pasti kenapa dipilih untuk menyertai program tersebut kerana baginya dia bukanlah seorang yang kelakar.
Ternyata telahan Kwang Soo salah sama sekali! Ahli Running Man juga kadang-kadang tidak mampu menyembunyikan ketawa apabila melihat ekspresi muka lucu Kwang Soo lebih-lebih ketika dia beraksi sebagai perisik.

3. Kwang Soo si pembelot tegar
Keinginannya untuk memenangi setiap misi dalam Running Man memang tidak dapat dinafikan sehingga dia sanggup memulakan merancang pengkhianatan bersama abang hidung besar iaitu Ji Suk Jin dan mereka berdua juga digelar sebagai ‘easy brothers’ dalam program tersebut.
Paling lucu apabila Kwang Soo mula rasa bersalah dan takut selepas menipu Kim Jong Kook dan akan melutut sebaik sahaja encik Sparta itu naik marah.

4. Terkenal dengan ketinggian
Pelakon itu juga merupakan ahli Running Man paling tinggi. Disebabkan ketinggian itu jugalah dia digelar sebagai Zirafah dan Kwangvatar.
Antara momen paling lucu ialah Running Man episod 93 apabila dia tidak muat dan terpaksa tunduk untuk masuk ke dalam tempat undian penyingkiran yang disediakan akibat ketinggiannya yang mencecah 190 CM.

5. Tarian robot unik dan pelik
Siapa yang tidak kenal dengan tarian unik dan pelik Kwang Soo kan? Astro Gempak percaya pasti ramai penonton ketawa sebaik sahaja melihat Kwang Soo mempersembahkan tarian tersebut bukan?
Dengan muka yang serius dan tarian yang lawak siapa lagi yang boleh tahan? Sedangkan anggota dan juga para tetamu jemputan Running Man juga ketawa terbahak-bahak.

6. Seorang yang prihatin dan ambil berat
Salah satu sifat Kwang Soo yang memang boleh dilihat oleh penonton sewaktu rancangan itu disiarkan. Walaupun merupakan ahli paling muda namun sikapnya itu amat disenangi oleh pihak produksi dan juga ahli yang lain.
Kwang Soo juga sering bimbang sekiranya ada diantara ahli RM yang tercedera. Malah Kwang Soo juga cukup mengambil berat dan menjaga Song Ji Hyo seperti kakaknya sendiri memandangkan dia adalah satu-satunya ahli wanita.

Jadi kepada peminat, jangan lupa saksikan program realiti Running Man pada setiap Ahad , jam 8.35 malam secara eksklusif di One HD (saluran 393).

3 comments:

Nieyl said...

Singgah pagi...
ye sis peminat tegar RM...
mmg pun...kdg² kecian..selalu kena buli..tapi die pembelot tu yg x tahan...lagi satu..die x pandai menipu..huhuhu

careno said...

minat giler dgn die atas faktor2 smua yg dinyatakan tu...

Cik Mimie said...

Minat giler dengan Kwang soo..hensem sangat!