LAMIDO MALAYSIA MEMANG TERBAIK!

Kiera Rashid | 1/23/2015 09:53:00 PM | 1Comments |
Assalamualaikum, Salam Sejahtera Semua..

Kiera ada sesuatu yang menarik nak dikongsikan kepada pembaca. Terutama sekali, kepada kaki-kaki SHOPPING ONLINE. Mesti korang akan teruja dengan apa yang kiera nak story ni. So, tanpa berleter panjang mehh ushaa review ini ^^
Pernah dengar tentang LAMIDO? pernah? Korang memang kaki shopping online. Hihi... Tapi bagi yang tak pernah  dengar LAMIDO itu apa, meh Kiera terangkan sikit, 'Lamido adalah # 1 Malaysia pasaran untuk semua orang untuk menjual produk mereka di Internet! Apabila membeli, menawar atau menjual di Lamido, anda berurusan dengan orang-orang dari tempat anda dan dari seluruh Malaysia.' (klik sini untuk baca artikel penuh tentang LAMIDO) . Kiranya, Lamido sama macam platform Mudah.my, MyDeal dll lagi. Dan paling utama Lamido ini juga sebahagian dari Syarikat LAZADA. :)
Tujuan Kiera buat entri ini adalah ingin berkongsi sedikit pengalaman kiera membeli barang dekat LAMIDO. Apa yang Kiera beli ehh? Nak tahu, kenalah baca entri ini sampai habis. huhuhuhu... 
Kau tahu, harga barang kat Lamido banyak yang MURAH-MURAH, Discount jangan cakaplah, berpuluh-puluh. Terbaik bak hang! Tak caya? Meh tengok bawah ni...
tengoklah 88% DISCOUNT pon ada. Murah kan? (klik untuk tumbesaran)
Disebabkan Diskaun-diskaun dan Harga-harga yang SUPERB AWESOME ini membuatkan kiera sangat teruja untuk cuba membeli di Lamido. Serius rambang mata sampai terpaksa makan ubat panadol kerana sudah pening memilih barang untuk dibeli. Huhu... 
Cari punya cari, akhirnya Kiera sudah dapat apa yang Kiera mahu beli. Apa yang Kiera beli? Kiera beli sebuah 100% Original Pineng PN-988 10000mAh Genuine Power Bank Gold. Powerbank yang paling terkenal sekarang ini kan?
Korang boleh tengok sendiri, harganya sangat TipTop. Murah gilerrr. Kiera ada survey dengan Harga asalnya dengan Harga yang diberi, serius jauh bezanya. Bila tambah Shipping hanya RM56 sahaja. Murahkan? :)
Servis Lamido sangat pantas dan cekap. Sebab apa Kiera kata begitu? SEHARI lepas buat payment, Kiera sudah dapat barang yang dibeli. AWESOME GILA! Tak sangka begitu cepat mereka membuat kerja. Tahniah dan Terima Kasih. ^_^ Korang tak percaya Kiera dapat barang hanya DALAM SEHARI je? Mehh Kiera tempek Bukti.
Tarikh Beli : 21/01 - Tarikh Buat Bayaran - 22/01 Tarikh Terima Barang - 23/01 ^^
Dah pecaya bukan? Huhu... Inilah barang yang Kiera beli dan selamat sampai petang tadi dalam keadaan baik. Memang sangat berpuas hati :)
Sebelum buka snap duluan :P
Siap berbubble kauuu jahh! :D
Jeng Jeng Jeng!
Tada!!! Warna golddd. Macam emas jee. :P
Siap Test kat HP My Moms tercinta. hihi :P
Actually, PowerBank ini nak dihadiahkan pada Ayah Tersayang sempena birthday nya tak lama lagi. Eh, kalau nak bagi pada ayah tersayang kenapa dah bukak dulu? Sebab nak test lah kalau takut-takut powerbanknya tidak berfungsi. Betul tak? So, Luarnya dah berpuas hati dalam pon sama juga dah berpuas hati. Maknanya 100% Puas hati beli dekat LAMIDO. Yeayyyy!!! 
Saya sudah membeli di LAMIDO , Anda bila lagi? Jom membeli belah online di LAMIDO tanpa ada rasa WAS-WAS dan CURIGA ! Tak tahu cara-cara nak membeli di LAMIDO? Jangan risau, sila terjah satu-satu slide yang sudah disediakan untuk memahami cara-caranya. Sila klik gambar dibawah untuk direct ke linknya.
Korang ada produk untuk diniagakan? Di LAMIDO pun korang boleh berniaga. Nak tahu lebih lanjut sila terjah LINK INI.
Akhir kata, Kiera sangat berpuas hati dengan Servis mereka. Memang tak rugi deal dengan mereka. Insha Allah, jika diberi rezeki mahu membeli lagi di LAMIDO. Korang pon jomlah membeli di LAMIDO, pasti tak menyesal :) THANKS LAMIDO!!

Search Lamido At
LAMIDO APPS

1 comment:

Aqilah Azmi said...

wah sumpah murah tu hihi
qila nnt nak beli jugak lah hiks