The Versatile Blogger Award - 7 Things About Me

Kiera Rashid | 9/04/2014 07:42:00 PM | 4Comments |
Assalamualaikum, Hello hello dan hello ~ Hoho
Hari ini masa memberi peluang pada Kiera untuk menghapdet blog sehingga gila! Haha. Okey, Stop! Back to topic... Rasanya dah ramai tahu kut tentang The Versatile Blogger Award . Teruja bila Kiera ditag oleh 3 blogger yang comel lotee iaitu @Syaz Harzays Minme, @Nurul Hidayah dan @DianeeyA dalam reward ini. Terima kasih yaa. Maaf juga sebab lambat balas/jawab. Sibuk lah katakan . Hohoho :P
Keyh! Banner mantap =D
Sebelum kelaut, mari baca dulu syarat-syaratnya:
-Thanks the nice fella who gave you this award :)
-Include a link to their blog
-Select 15 blogs / bloggers you've recently discovered / followed regularly
-Nominate these 15 to the Versatile Blogger Award
-Tell the person who nominated you with 7 things about yourself

7 Things About Kiera
1.Suka gelak terbahak-bahak
Gelak adalah hobi Kiera, mungkin sebab itu badan Kiera bertambah gemuk. Tak kire lah ada yang buat lawak tak jadi pun kiera boleh tergelak. Kiera ni spesis gelak macam langsuir.. Memang meremang bulu roma siapa yang dengar. Hahah. Boleh caya dak? :P... Bunyi gelak Kiera memang kuat sampai jiran sebelah boleh dengar. HAHAHA!

2. Suka memelikkan sesuatu masakan
Pernah dengar perangai macam ni? Haaa, kiera salah seorang dari mereka. hehehe.... Macam mana nak pelikkan sesuatu masakan tu? Korang pernah dengar Ikan cencaru sumbat campur nugget ? Tempe masak tumis campur 'hotdog'? Tak pernah dengar kan? Macam tulah cara kiera memelikkan masakan. Janji sedap. Cik abang pon suka tau, sebab kami ni suka mencuba seseuatu yang pelik tapi sedap. Haha. Silaa jangan rasa loyaa :3

3. Mudah sentap
Kieraa ni nampak jeee steady, tapi mudah sentap tau! Senang betul hati ini terguris bile kena marah atau kena perli. bila dah kena marah automatik deras je air mata ni turun macam air terjun. Tapi sentap kiera tu tak berpanjangan, kalau dah kena pujuk hilanglah rasa sentap tu. Hehehe

4. Mudah rapat dengan kanak-kanak/bayi
Yes! Kiera seorang yang suka dengan budak-budak apatah lagi bayi. Serius mereka sangat comel. Kire happylah bilaa main-main dengan mereka. Walaupun kekadang mereka ni nakal, tapi tak jadi masalah buat kiera. Budak kan mana tahu pape. Eheeeee. Kan ada sesetengah bayi yang susah nak dengan orang, tapi dengan Kiera lain. Sekali jee pegang terus bayi tu nak dengan Kiera. Haha. *rasa macam angkat bakul sendiri lah pulak :3

5. Sukar membuat keputusan sendiri
Membuat keputusan sendirilah adalah paling sukar dan annoying bagi kiera. Kepala kiera terasa bepusing-pusing bilaa tak tahu nak buat keputusan sendiri. Macam-macam yang difikirkan sebab takut apa yang Kiera putuskan akan mengecewakan orang lain. teheeee ~

6. Suka tersenyum
Kiera memang suka tersenyum. Walaupun hati ini mudah sentap, senyuman tetap terukir pada bibir Kiera *cehhh ayat kau. haha. Kalau pergi mana-mana, bila bertentang mata dengan sesiapa mesti kiera hulurkan senyuman. Tapi kena tengok orang jugaa lahh. Kang tak pasal-pasal ada yang sentap kiera senyum dengan orang lain. Hihihihihihi

7. Suka membebel manja
Pernah dengar macam mana orang membebel manja? Haha. Kitaa membebel tapi apa yang kita bebel buat orang rasa lucu. haa, macam tulah bebel manja. *Yeke?? . Now sekarang yang jadi mangsa bebel manja kiera ialah Adam lah. Buah hati kiera tu, sampai dia pun dah pandai ngajuk apa yang kiera bebel contoh, "ishhhhh, ukee epahkan menan, antiii umi makan menan adik ahu lahh" (paham tak?) Hahahaaha!

*************************************
Hahaha, silaa jangan tergelak sebab memang inilah life kiera. Merapu, merepek dan meroyan!. Susahkan nak jumpa orang macam ni? Dah tua bangka tapi perangai cam budak-budak. Ishh ishhh ishhh! Takpelah janji dah dapat jawap untuk Syaz, Hidayah dan DianeeyA. Hohohohoho
Haaa, sekarang nak pilih 15 blogger yang akan menjadi mangsa Kiera. Sudi-sudikanlah menjawab yee, tapi kalau tak mahu jawab takpelah. Kiera tak paksa .. Selamat Menjawab.... Chill ~ =D (Pemilihan berdasarkan mereka-mereka yang singgah & follow blog kiera baru-baru ini)

4 comments:

Unknown said...

Dayah tak pandai main dgn budak-2 , Dayah try buat lawak tapi muka depa macammm "Hang dah kenapa???" .. Sentapppppp T_T

Barniyah Ammara said...

Nombor 2 tu memang unik~ Boleh jadi chef. :p

Lissa said...

Memelikkan masakan? Hoho kena try nie.. Bila nak masak utk akak? Hehehe

:: Dhiya :: said...

alamak baru tgk..kene tag. dhiya buat hujung minggu ni boleh? Uhuhu..minggu ni bz sangat dgn hal kelas :)

terima kasih :)