MUTIARA KATA UNTUK MU (PART 2)

Kiera Rashid | 9/09/2014 04:13:00 PM | 0Comments |
  • 1) Orang yang paling baik itu ialah orang yang alim. Jika ia diperlukan maka ia akan memberi manafaat bagi orang lain. Dan jikalau ia tidak diperlukan maka ia mencukupkan dirinya sendiri (tidak menyusahkan orang lain).
  • 2) Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan didalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan kita sedar ataupun tidak.
  • 3) Tidak sukar untuk berubah andai hati kita ikhlas untuk melakukannya. Tetapi memang sukar untuk berubah jika hati yang memaksanya. Semua yang berlaku adalah dari hati kita sendiri...Berani Hijrah.
  • 4) Apabila kita mengharapkan sesuatu yang terbaik, kita juga harus berterima kasih kepada sesuatu yang terburuk. Percayalah hari ini akan lebih indah daripada hari semalam, jika kita memulakan dengan doa dan senyuman. 
  • 5) Kita sangat berhati-hati dengan apa yang masuk ke dalam mulut kita samada halal atau haram. Tetapi adakah kita berhati-hati dengan apa yang keluar dari mulut kita samada pahala ataupun dosa?
  • 6) Aku bukanlah orang yang hebat, tetapi aku mahu belajar daripada orang yang hebat. Aku juga seorang yang biasa, tetapi aku ingin menjadi orang yang luar biasa. Dan aku bukanlah orang yang istimewa, tetapi aku ingin membuat seseorang menjadi istimewa!

No comments: