MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.

Kiera Rashid | 8/31/2014 12:12:00 AM | 3Comments |
MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta | Selamat Malam, rasanya sempat lagi kut nak wish SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-57 kat korang semua. Alhamdulillah, Malaysia masih aman. Tetibe terasa nak cerita pasal sejarah lah pulak. Heeeee.....
Korang tahukan, tahun ni tema kemerdekaan apa? Yes! Tema atau kata lain, slogannya adalah MALAYSIA... Di sini lahirnya sebuah cinta. Ada yang kata logo sekarang makin kurang menyengat? Ermmmm, No Komennnn. :3
Untuk tema tahun ni ada lagu tau, tajuk lagunya sama dengan tema. Lirik Lagu Tema Hari Kebangsaan Ke-57 ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya manakala Lagu adalah ciptaan Sharon Paul. Penyanyi Lagu Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta ialah Bob Yusof iaitu Penyanyi Lagu Patriotik Malaysia yang tidak asing lagi. Pernah dengar? Kalau tak pernah dengar. Mehh kitaa dengar sama-sama dan hayati bait-bait lirik tersebut. Bagi Kiera lagu ni ada makna yang cukup indah.... Teringat pulak dengan lagu Arwah Sudirman. 
Logo
LIRIK LAGU DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA
Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap Berjuang

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua

Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya
p/s: Malam ni duk rumah je.... takde nak p dataran mana-mana sebab sekarang tengah hujan. Lebat...

3 comments:

Abam Kie said...

selamat menyambut hari kemerdekaan n selamat bercuti!

Yun Sing said...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan :) MERDEKA ! xD

Cik nadya said...

selamat menyambut hari kemerdekaan ke 57 kiera :)

disini lahirnya sebuah cinta ~

nadya tag ; http://loveneddy.blogspot.com/2014/08/segmen-biar-saya-tolong-cik-farra.html