Salam Aidilfitri | Maaf Zahir & Batin

Kiera Rashid | 7/29/2014 12:43:00 PM | 2Comments |
Assalamualaikum, Salam 2 Syawal :)
Alhamdulillah, berakhirlah sebulan ramadhan kini syawal pulak menjelma. Sedih rasanya bila nak meninggalkan ramadhan. Apa-apapun semoga kita berjumpa lagi Ramadhan :') .

Bila dah raya ni, memang sebuk memanjang. Pergi beraya sana-sini. Masak-masak dan sebagainya. Memang tak menang tangan ni. Ada jaa benda nak buat. Raya tahun ni, rasa macam tak berapa nak sempurna. sangatlah bersederhana kerana masih memikirkan nasib saudara seislam kita di Gaza sana. 1 Syawal kita dah hepi-hepi tapi kat sana masih huru hara. Jadi tahun ni beraya memang sangat sederhana. :'( 

Tahun ni juga beraya takde berselfie-selfie. Serius memang takde gambar ditangkap. Nak kata ada fone, memang ada. Tapi takde mood nak berselfieee depan kamera. Jadi tahun ni memang takde gambar raya lah jawabnya. Tak kesahlah. janji apa yang berlaku semasa raya ni terpahat di memory ingatan kita. Hihihihi :P

Okeylah, takmahu nak membebel panjang, jap gi nak pergi beraya rumah kengkawan. Sebelum tu nak masak apa yang patut dulu. kang membebel panjang-panjang tak siap juga kerja nanti. Heeeee, Tapi rasanya tak terlewatkan kiera nak ucapkan 'Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin' . Kepada blogger-blogger yang dikasihi, jika pernah buat salah. pernah ter-ter tu, harap dapat dimaafkan. Kita kosong-kosong yer ^___^

2 comments:

Cik nadya said...

selamat hari raya awak ^^

Kiera Rashid said...

@Cik Nadyya Selamat Hari raya sayang :)