3 GAYA PILIHAN BERSAMA DANIEL WELLINGTON

Kiera Rashid | 7/18/2014 02:13:00 PM | 1Comments |
Siapa suka pakai jam? Sila angkat kening anda. Huhuhu. Kiera juga si pemakai jam. Tahukah anda, Jam tangan bukan lagi sekadar penunjuk waktu, tetapi juga sebagai pelengkap gaya. Penampilan kita akan lebih kemas dan bergaya apabila mengenakan sesuatu jam di pengelangan tangan. Namun hendaklah mengikut kesesuaian diri sendiri. Jadi disini, Kiera nak kongsikan sedikit info yang sangat menarik tentang jam berjenama Daniel Wellington. Haaa, kalau nak tahu mari baca entri ini sampai habis!
Nama daniel wellington mungkin agak asing di Malaysia, namun jenama hebat ini merupakan salah satu jenama jam antarabangsa yang paling disegani setanding dengan jenama-jenama besar seperti Ralph Lauren, Brooks Borthers dan Grant. Apa yang menarik, Daniel Wellington mula dikenali dengan keluaran koleksi jam tangan bertali Nato atau Nato strap yang diinspirasi daripada British Navy. Jadi untuk entri kali ini, jom kita kenal Daniel Wellington watches dengan lebih dekat dan lihat gaya-gaya yang bersesuaian.
1. Kasual
Jika anda gemar bergaya kasual dan santai, jangan takut untuk memilih jam tangan Daniel Wellington sebagai aksesori utama anda. Koleksi tali Nato yang cukup menarik menjadikan penampilan anda cukup sempurna dengan memilih Daniel Wellington sebagai jenama jam pilihan. Satu kelebihan tali nato ini adalah boleh terhindar dari karat dan fleksibel untuk dikenakan di pelbagai keperluan acara.
2. Formal
Bagi anda yang ingin menghadiri majlis formal pula, padankan kemeja dan blazer anda dengan seutas jam tangan bertali kulit daripada Daniel Wellington. Ia akan menampilkan kesan lebih mature dan elegan.
3. Klasik @ Vintage
Tidak dilupa untuk anda yang mengemari gaya klasik, anda juga boleh memilih Daniel Wellington sebagai jenama jam pilihan anda. Jam tangan dengan warna klasik boleh digunakan untuk suasana semi formal atau santai. Suatu gaya klasik yang cukup hebat!
Jangan bimbang jika jenama pilihan anda ini tidak boleh anda temui di mana-mana kedai. Ini kerana, kini anda boleh memiliki jam tangan Daniel Wellington dilaman web ZALORA Malaysia. Membeli-belah secara online bersama ZALORA dan nikmati perkhidmatan penghantaran percuma terus ke rumah anda. Menarik bukan? 

1 comment:

Unknown said...

Munirah org yg suka pakai jam..Rasa baru lengkap penampilan..Salam Ramadhan