MEMBERI DAN MENERIMA KRITIKAN

Kiera Rashid | 4/27/2014 08:19:00 PM | 2Comments |
Pepatah Cina ada menyatakan, mereka yang sentiasa memuji itu adalah musuh kamu dan yang sentiasa mengkritik dan menegur itulah teman yang sebenar. Persepsi kita terhadap kritikan dan teguran adalah terlalu negatif. 
Sehinggakan, kita menutup telinga kita daripada mendengar apa yang benar, dan kita hanya suka mendengar puji-pujian dan kemasyhuran diri sendiri. Ia amat berbahaya dalam urusan harian kita. 
Secara tidak langsung, kita sebenarnya mendedahkan diri kita untuk kesalahan dan dosa-dosa yang lain seperti menghina, mengumpat, serta kadangkala menyebarkan fitnah dan membuat tuduhan melulu.
Kritikan biasanya mengecewakan dan melukakan perasaan penerima kritikan. Tetapi, sekiranya ianya diberi dalam keadaan dan cara yang baik ianya akan dapat memberi semangat kepada kedua pihak iaitu pengkritik dan penerima kritikan. 

Berikut adalah 5 tip untuk memberi dan menerima kritikan secara membina:
  • 1. Mempunyai Objektif Yang Jelas (Have a Clear Objective)
  • 2. Mencipta Suasana Yang Neutral (Create a Neutral Environment)
  • 3. Gunakan Kurang Perkataan Tetapi Lebih Bermakna (Use Fewer Words With More Meaning)
  • 4. Selarikan Kritikan Dengan Matlamat Subjek (Align Criticism With The Subject’s Goals)
  • 5. Muhasabah Diri (Encourage Self Critique)
Berlapang dada dan ucapkanlah terima kasih kepada yang menegur dan sentiasalah memberikan hadiah kepada mereka yang kerapkali menegur kita. Berfikirlah positif. Mereka pasti ingin melihat kita lebih baik atau Allah s.w.t. pasti memberikan pendidikan yang terbaik untuk kita. 
Percayalah dan jangan berputus asa dengan Allah s.w.t.!

2 comments:

Aqilah Azmi said...

hiiiiiiii kak kieraa hehehehe.
true true true

Aqilah Azmi said...

muhasabah diri ;) <3
encourage self critique :D