Sunnah Rasulullah dalam menuding jari.

Kiera Rashid | 3/28/2014 09:31:00 PM | 4Comments |
Selamat Malam, 
Penat balik kerja tak hilang lagi., tapi still dapat update blog ni. Tapi dek kemalasan dan tiada idea, hanya entri kopi pasta sahaja yang daku dapat kongsikan. Mari kite baca sedikit cerita tentang Amalan sunnah dalam menunding jari yang semakin ditinggalkan. Iqra' :)
Kisahnya:
Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan guna ibu jari itu adalah cara Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.
Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.
“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat ibu jari)”
Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.
“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.
“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”
Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.
“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan ibu jari itu?”
“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti guna jari telunjuk). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”
Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------
Harapnya atas perkongsian ini yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.
Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

4 comments:

Mardiah Diana said...

Assalamualaikum dan salam singgah sini dik Kiera...ingatkan kalau kita menunjuk macam gambar B...di katakan kurang ajar...Rupanya itulah cara Rasulullah menunding jari...terima kasih atas perkongsian ini..

Unknown said...

thanks for sharing. memang mentaliti kita dari zaman dulu2 dah diajar tunjuk guna jari telunjuk adalah tidak sopan (padahal tanpa kita sedar itu sebenarnya sunnah Nabi kita)..

Adilah Asari said...

assalamualaikum..singgah malam sini..lama sudah yaya menyepi..betul tu kak, kita diajar pada benda yang salah..kita selalu fikir cara yang diajar yahudi itu betul walhal kita selalu menganggap cara sunnah Rasulullah tu seperti kurang ajar..mudah sungguh kita ditipu kan kak? yaya pun baru tahu perkara ini tahun lepas..

Aqilah Azmi said...

astaghfirullahal'azim :((
terbalik lah....
ok terima kasih kak kieraa!! :)
Qila nak bg tahu satu family :D <3
hehe. lagipun qila mmg 'kuaja' pun sentiasa guna telunjuk hehe :D boleh teruskan je lah sbb tu sunnah <3333 yayy hehe thanks kak kieraaa