Tonton Filem Online : Hantu Tok Mudim 2013 (FULL MOVIE)

Kiera Rashid | 1/02/2014 10:58:00 PM | 2Comments |
Penulis : Nurulsyahida Fadzil
Pengarah : Waan Hafiz
Produser : Showbiz
Pelakon : Izzue Islam, Soffi Jikan, Harun Salim Bachik, A.R Badul,Adrea Abdullah dan Norhayati Taib
Sinopsis:
Hantu Tok Mudim mengisahkan Tok Mudim, seorang jurukhatan terhebat di Kampung Seri Menawan. Kehebatannya tercalar dek kerana penangan cinta tiga segi pembantunya, Lebai Kulup, Salmah, dara pujaan kampung dan juga Borhan, anak manja Tok Penghulu Abohrudin yang mempunyai rahsia peribadi.

Demi cintanya terhadap Salmah, Borhan akhirnya mahu berdepan dengan fobia lampaunya bertemu dengan Toq Mudim bersama Tok Penghulu Abohrudin untuk satu operasi rahsia. Tetapi malangnya, Lebai Kulup yang tidak berpuas hati dengan Borhan telah mencuri dengar tentang rahsia Borhan dan merancang untuk sabotaj operasi malam tersebut
Malam dinantikan tiba, kehebatan Tok Mudim teruji dengan ‘keliatan’ luar biasa Borhan. Kegagalan operasi malam tersebut mengakibatkan Tok Mudim menjadi buruan penduduk Kampung Seri Menawan. Tok Mudim melarikan diri ke dalam hutan sehingga menyebabkan Tok Mudim jatuh ke dalam perigi dan mati di tempat kejadian.
Bermulalah tragedi ngeri, yang mula menghantui Kampung Seri Menawan apabila Hantu Toq Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung tersebut.
Tonton Online Hantu Tok Mudim :
GengTube

2 comments:

Zam said...

haa cerita mcm ni, anak2 kecik suka.. seram2 pun layan

Kiera Rashid said...

@Zamani Abe
lebih lebih lagi pade adik2 yang nak sunat tu. hehhhh