INFO MENARIK : Cara Tidur yang Diamalkan RASULULLAH S.A.W

Kiera Rashid | 11/21/2013 12:45:00 AM | 1Comments |

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

  • 1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
  • 2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
  • 3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
  • 4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
  • 1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
  • 2) Selepas masuk waktu Asar.
  • 3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
 : Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
  • 1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
  • 2) Merosakkan warna kulit.
  • 3) Melemahkan jantung.
  • 4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
  • 5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
  • 6) Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
  • 1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
  • 2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
  • 3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
  • 4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
  • 5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
  • 6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
  • 1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
  • 2) Banyak minum air di waktu pagi.
  • 3) Banyak memakan atau meminum yang seba masam

Credit : InfoMenarik !

1 comment:

Farah Arina said...

nice entry . thanks for sharing :)