Rezeki Hari Jadi,Diana Danielle Sahkan Mengandung!

Kiera Rashid | 11/19/2012 05:40:00 PM | 0Comments |



Inilah yang dikatakan rezeki datang dari Allah S.W.T tidak kira masa dan tempat.

Pasangan pelakon, Farid Kamil, 31, dan Diana Danielle, 21, dikhabarkan bakal menimang cahaya mata tahun hadapan.

Menerusi laman Twitter rasmi milik pasangan itu, Farid dan Diana telah memuat naik gambar ujian pengesahan kehamilan yang dilakukan oleh Diana sebentar tadi.

Ujian pengesahan itu jelas menunjukkan tanda positif yang Diana sudah pun hamil!

Bukan itu sahaja, berita gembira itu dikongsi juga sebagai hadiah dari Allah S.W.T sempena hari lahir Diana sendiri.

Kiranya, kehamilan Diana itu mungkin baru mencecah beberapa hari sahaja.

Diana dan Farid telah bernikah pada 3 November lalu di Hotel Flamingo By The Lake Ampang dan diijabkabulkan oleh Pegawai Tadbir Agama/ Pendaftar Kanan Daerah Gombak, Uztaz Haji Daim Bin dengan mas kahwin berjumlah RM 10,000 tunai.

Semoga, berita kehamilan Diana itu akan menambahkan lagi sinar bahagia dalam rumah tangga pasangan pelakon itu.

Tahniah Diana dan Farid!


Oleh: SORAYA IMAN
Sumber Foto: Twitter Farid dan Diana

p/s : nie lah yang dikatakan bunting pelamin . Tahniah :D

No comments: