Yana Samsudin Bakal Tinggalkan MIG ???

Kiera Rashid | 10/10/2012 12:54:00 PM | 1Comments |


Berkesempatan menghadiri Anugerah Blockbuster pada sabtu yang lalu membolehkan kami berbual seketika dengan Yana Samsudin yang secara kebetulan merupakan salah seorang pemenang untuk salah satu kategori yang dipertandingkan.

Sewaktu ditanya benarkah selepas Lisa Surihani tidak menyambung kontrak bersama MIG, ada dakwaan yang mengatakan dirinya juga akan turut serta meninggalkan MIG dalam masa terdekat seolah-olah mengejutkan Yana apabila ditanya dengan soalan yang sebegitu.

Tegas Yana Samsudin ” Ehh tak adalah, yang pasal Lisa dah tak bersama MIG pun Yana tak tahu. Tapi kalau kata Yana pun akan tinggalkan MIG tu memang tak betul la. Lagipun kontrak Yana bersama MIG pun masih ada beberapa tahun lagi. Yana pun tak tahu bagaimana cerita sebegini boleh timbul sedangkan Yana sendiri pun tak ada apa-apa rancangan lagi. Jadi buat masa ini memang Yana akan terus bersama MIG. Itu yang pasti”

Ternyata asas isu ini tidak diketahui langsung oleh tuan empunya badan. Bagi yang menonton Anugerah Blockbuster pada Sabtu yang lepas pasti mengetahui Yana merupakan diantara pemenang bagi Katogeri Anugerah Heroin Terhebat. Ternyata kemenangan ini juga merupakan satu lagi kejutan buat dirinya seperti mana soalan yang kami ajukan diatas.



Ujar Yana “Saya tak sangka langsung akan menang untuk kategori ini sebab pada jangkaan saya yang akan menang ialah Lisa Surihani berdasarkan peminatnya yang ramai. Tapi Alhamdulillah saya ucapkan kepada semua yang mengundi dan ini semua ialah rezeki Allah Swt.”

Tambah Yana secara berseloroh untuk kali ini dia tidak mengundi untuk diri sendiri dan katanya strategi itu berjaya.

“Bagi saya kemenangan kali ini adalah kerana hubungan rapat saya dengan peminat yang terjalin. Lagipun saya anggap semua peminat saya itu sama seperti rakan saya. Tak adalah sampai saya melobi mereka dengan bagi duit suruh undi saya.”

Ujar Yana juga kemenangan ini adalah sesuatu yang bermakna buat dirinya dan mengangap anugerah ini bukanlah satu anugerah picisan yang tidak ada nilai dan berharap anugerah seperti ini akan membuat dirinya berusaha lebih keras lagi bagi meningkatkan kualiti lakonanya.


1 comment:

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

Wuahh , Yana Samsudin menangg :) Alhamdulillah laaa .

P/S : Thanks sbb anjurkan contest , akhirnya ada jugak rezeki , thanx again :')