Pelakon Izara Aishah kena belasah !

Kiera Rashid | 10/02/2012 05:06:00 PM | 0Comments |
“Pengalaman macam ni memang Izara tak akan lupakan. Dah la kena tendang lepas tu kena tumbuk pula dekat muka. Sakit tu memang la sakit sebab kena betul-betul.”



Begitulah apa yang diperkatakan Izara kepada kami sewaktu di temui baru baru ini di Taiping. Tapi jangan bimbang kerana ini semua hanyalah atas dasar komitmen terhadap watak yang dibawanya dalam filem terbaru arahan Bob Singah iaitu Balun.

Tambah Izara yang kami temui di lokasi pengambaran Balun di Taiping menjelaskan jika seorang pelakon itu melakonkan watak seperti yang terdapat dalam filem aksi seperti Balun ini sudah tentulah perkara-perkara seperti berikut boleh terjadi secara tidak sengaja.



“Perkara macam ni Izara kena hadapi. Tak boleh la nak complaint sangat kalau kena pukul & tendang betul-betul sebab nama pun filem aksi. Lagipun rasa bersyukur sangat dapat berlakon dalan Balun sebab ini adalah watak yang memang Izara idamkan.” Ujarnya

Memegang watak sebagai Nurul Ain anak kepada guru silat Izara memaklumkan hampir 2 bulan dia berlatih silat semata mata mahu membiasakan dirinya dengan seni mempertahankan diri ini.

Tambahnya lagi “Ini bukan silat main-main, ini memang silat betul, Izara belajar silat tu sampai rasa seperti sudah menjiwainya. Mula-mula memang susah belajar silat ni sebab ‘bunga-bunga’ dia lembut, Izara pulak jenis keras. Tapi Alhamdullilah hasil tunjuk ajar guru silat kemahiran Izara ada peningkatan. Lagipun Izara memang minat martial arts ni sejak dari kecil dan pernah belajar Muay Thai masa umur 16 tahun sebelum berhenti sampai sekarang.”

Tegas gadis manis ini juga penglibatanya dalam martial arts bukanlah semata-mata atas faktor lakonan sahaja, tetapi adalah suatu bidang serius yang ingin diceburinya. Tambahnya lagi, ini kerana atas faktor ingin mempertahankan diri jika keadaan memerlukan pada bila-bila masa tanpa sebarang amaran.

Filem Balun merupakan lakonan pertama Izara dibawah arahan Bob Singah. Menurutnya lagi Bob Singah adalah pengarah yang paling lembut yang pernah dia berkerja. Ujarnya “Maksud lembut tu dia seorang yang baik hati dan tak ada marah-marah sangat. Lagipun apa juga pertanyaan Izara dia akan jawap tanpa ada sebarang rungutan”

credit : buah mulut .

No comments: