Gambar cantik Intan Ladyana kini berimej rambut pendek

Kiera Rashid | 8/13/2012 05:31:00 PM | 0Comments |
Wahh , intan dah berambut pendek , macam manalah ngoman dia yaa ? okeyy , jums terjah entry nie :)

      Intan Nurladyana Mohamad Yahaya atau lebih mesra dipanggil Intan Ladyana merupakan nama yang tidak asing lagi di arena filem tempatan. Pelakon manis ini telah membintangi banyak filem terkenal seperti Adnan Sempit, Bini-biniku Gangster, Jangan Pandang Belakang serta V3 Samseng Jalanan.

Sebelum ini Intan Ladyana sering dilihat cantik dengan berambut panjang, namun begitu demi memenuhi keperluan filem lakonan terbarunya, Dampak, Intan terpaksa menukar imejnya kepada berambut pendek.

Menurut Intan Ladyana menerusi akhbar Kosmo! Online, pada awalnya beliau agak gelisah untuk memotong rambutnya kerana sudah terlalu lama dengan imej berambut panjang. Disamping itu, beliau turut mengaku


bimbang dengan imej berambut pendek akan menyebabkan mukanya kelihatan lebih berisi. Menurut Intan lagi, kali terakhir beliau berambut pendek adalah ketika menuntut di tingkatan tiga pada zaman persekolahannya dahulu.

Selain itu, Intan turut melahirkan rasa gembira dengan imej terbarunya, kerana kini beliau tidak perlu lagi mengambil masa yang lama untuk bersiap apabila ingin keluar rumah. Tambahan pula untuk menguruskan rambut pendek adalah sangat mudah dan tidak perlu mengambil masa yang terlalu lama untuk berdandan.

Merujuk kepada perkembangan terbaru, Intan dikatakan bakal muncul dalam drama bersiri “Bini-biniku Perkasa” di TV3 yang telah diadaptasi daripada filem Bini-biniku Gangster.

Bagi sambutan Aidilfitri yang akan datang, Intan dan keluarga dikatakan hanya beraya di Kuala Lumpur sahaja. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, beliau dan keluarga akan pulang ke kampung ibunya di Bangkok, Thailand. - Rileks Santai ...

Mari tengok gambar dia pulak :)
*comey kan ? 


No comments: