tips menjadi pelajar cemerlang

Kiera Rashid | 11/24/2011 04:13:00 PM | 2Comments |
e

dah lame kan tak bagi tips kat kowank . ukey , sekarang kan musim exam . kakak dan abg-2 kat lua ue sedang berperang menghadapi exam besar diowang iaitu SPM . i wish good luck ya for sch kiera smk Lui Barat :D . okey start to give tips .  .

Terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan oleh rakan-2 pelajar bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan . apa yang pastinya tips ini boleh memberi manfaat untuk kita gunakan sebaik mungkin . insyallah , kejayaan dapat di capai . amin ~

1. memiliki nilai-2 yang positif.
Pelajar perlu gigih berusaha, rajin, serta tabah . segala kerja rumah yang diberi guru hendaklah disiapkan.jagan sesekali mudah mengalah atau berputus asa apabila berdepan dengan kegagalan . kegagalan hari ini merupakan kejayaan buat hari esok .

2. belajar secara konsisten.
pelajar perlu sentiasa menelaah pelajaran . buku-2 rujukan dan latihan perlu menjadi 'teman rapat' kita. tanpa usaha tidak akan ada kejayaan. bak kate pepatah, "kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya". lakukan persediaan yang secukupnya sebelum peperiksaan . mereka yang gagal bersedia merupakan owang yang bersedia untuk gagal.

3. buat jadual dan tepati.
kelebihan apabila kita membuat jadual ialah ia dapat mendisiplinkan kita agar menepati masa.masa yang seimbang dapat dibahagikan untuk belajar, beriadah , serta bersama keluarga. jika kite belum mempunyai jadual belajar , belum terlambat untuk membuatnya. Ingat ! pastikan kita mematuhi jadual ini .

4. jangan malu bertanya.
sebagai seorang pelajar, kite tidak seharusnya ada perasaan malu.Apa yang kita tidak paham bertnyalah . tidak ada guru yang marah apabila anak muridnya bertnya. Ungkapan ada menyebut "malu bertanya sesat jalan".

5. restu keluarga dan guru-2
restu keluarga dan guru-2 sangat penting. jangan dilupakan jasa dan pengorbanan mereka. tanpa ibu bapa kita takkan lahir dan tanpa guru-2 kita kenal A,B,C . betul kan ? jangan sakiti kati mereka , berusahalah menjadi anak dan pelajar mithali. jika kite menghormati mereka , pasti kite akan mendapat restu dan doa mereka.


     imtihannya, kite mesti mempunyai kesanggupan untuk melakukan perubahan bagi menjadi pelajar terbaik. Harapan tanpa usaha takkan jadi kenyataan . :)

2 comments:

ZatyAnuar said...

tag kamu :)
http://zatyluckylife.blogspot.com/2011/11/contest-senyuman-menawan.html

Kiera Rashid said...

@zAty =)
okey :)