jangan meharamkan apa yang telah Allah halalkan

Kiera Rashid | 8/25/2011 05:32:00 AM | 0Comments |

FIRMAN ALLAH : AYAT 31
  • Mereka menjadikan alim ulama dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah (yakni mereka mematuhi ajaran orang-orang alim dan rahib-rahib mereka dengan membuta tuli, biarpun mereka itu menyuruh berbuat maksiat atau mengharamkan sesuatu yang halal).
Adi Hatim (seorang dari pengikut mereka) berkata kepada Rasulullah Saw:"Kami bukan menyembah mereka (orang alim atau rahib-rahib kami)".


Rasulullah Saw bersabda dengan sebuah pertanyaan: "Apakah mereka tidak mengharamkan apa yang telah Allah halalkan? Sedang kamu pula mengikuti mereka dengan turut mengharamkannya. Dan mereka menghalalkan pula sebahagian yang telah Allah haramkan, apakah kamu tidak mengikuti mereka menghalalkan apa yang telah Allah haramkan buatmu?".

Hadis Riwayat Termizi dan merupakan hadis sahih yang diperakui oleh al-Albani dalam sunan at-Tirmidhi vol.3, p.56, hadis no.247Kemudian Baginda Saw menjawab terhadap mereka (golongan) yang membuta tuli (membabi buta) mengikuti (mentaati) orang-orang yang mengharamkan apa yang telah dihalalkan Allah dan menghalalkan pula apa yang telah Allah haramkan: "Sesungguhnya, perbuatan kamu itu sama seperti kamu menyembah mereka yang membuat fatwa itu" (yakni perbuatan syirik dalam Tawhid Al-Ibadah dan merupakan dosa yang tidak diampunkan Allah). -


Dalam konteks politik di sesebuah negara Islam, rakyatnya hendaklah sentiasa terbuka menerima teguran terhadap kesilapan yang dilakukan pemimpin yang mereka sokong. Kita pernah mendengar sebuah negara Islam, merubah ketetapan Allah dalam urusan poligami. Parlimen di negara Islam terbabit telah meluluskan akta baru bahwasanya 'Suami mesti mendapat keizinan bertulis (yakni tandatangan isteri) sebelum berpoligami"Undang-undang ini telah dibentangkan di parlimen negara berkenaan dan di luluskan dengan majoritas pemimpinnya menyokong usul tersebut. Mereka kemudian menguatkuasakan undang-undang itu dan menentang ketetapan Allah dalam urusan berpoligami. Mereka semua sebenarnya, tanpa sedar, telah terbabit dalam merubah ketetapan hukum Allah. Mereka telah mengharamkan apa yang telah Allah halalkan bagi seorang suami.



Walaupun bersandarkan pelbagai alasan untuk meluluskan rang undang-undang itu, ia tetap menyalahi hukum dan ketetapan yang telah Allah tentukan dalam Al-Quran. Harus diingat bahwa Allah itulah yang telah menciptakan manusia, pantas DIA lebih mengetahui apa (hukum) yang terbaik buat semua ciptaan-Nya. IA (hukum Allah) enggak perlu dipinda oleh manusia yang serba jahil ini. Jika sekiranya kita menyokong mereka yang telah berusaha meminda hukum Allah dalam agenda mereka untuk mengharamkan apa yang telah Allah halalkan, maka kita adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang syrik kepada Allah yakni bersamaan dengan menyembah mereka, para pembuat dasar itu sebagaimana hadis Rasulullah Saw di atas. Nauzubillahiminzalik.

Kita harus bertaubat nasuha dan berusaha pula merubah kembali apa yang telah mereka tetapkan kepada hukum yang telah ditetapkan Allah. Hanya itulah sahaja caranya seorang yang telah melakukan perbuatan syirik untuk kembali diterima amalannya oleh Allah Swt. `Wallahulam`

www.goumrah.com
PENGURUS UMRAH ANDA
(Malaysia/Indonesia/Sabah & Sarawak/Singapore/Brunei)

UMRAH MUSIN DINGIN 13HARI/11MALAM
Tarikh: Pakej 1 (9 - 21 Disember 2011) dan Pakej 2 (16 - 28 Disember 2011)
Harga: RM6500 (USD3200)
Ziarah: Madinah/Makkah/Taif/Jeddah
Penerbangan: Transit dan terus ke Madinah / Pulang dari Jeddah
Hotel Madinah: Mubarrak Al Madinah
Hotel Makkah: Elaf Al-Khalil / Hijjaz Palace / Rawabi Al Taj @ setaraf dengannya

UNTUK TEMPAHAN - Sila lakukan online di http://goumrah.com/3085.html
Nanti anda akan dihubungan petugas kami, InsyaAllah.

No comments: